Page 118 - Sejarah Tamadun Islam 2
P. 118

 104
sejarah tamadun islam 2
7
8
9
10
11
12
Sebagaimana dalam peradaban yang lain, literatur Islam terdiri dari beberapa jenis. Namun demikian, kandungan literatur tersebut mencerminkan kualitas intelektual yang lahir dari budaya ilmu dalam peradaban Islam.
Qashīdah: Pada umumnya ia mengandungi puji-pujian dan ajaran-ajaran agama. Ucapan-ucapan yang indah untuk memuji Allah SWT, menyanjung Rasulullah SAW dan para syuhada. Qashīdah juga untuk mengungkapkan keindahan alam dan mengandungi kata-kata hikmah atau hanya sekadar memamerkan kemahiran di dalam menggunakan kata-kata sebagai cerminan kepandaian seorang penyair.
Ghazal: Pada umumnya mengandungi puisi cinta dengan diksi yang ringan dan indah berbanding Qashīdah yang lebih panjang dan menceritakan kisah yang penuh tentang objek yang ingin dinarasikan.
Qith‘ah: Potongan pendek yang terselip di dalam Qashīdah dan Ghazal yang mempunyai irama tunggal. Qith‘ah mengandungi bentuk yang kurang serius untuk menggambarkan aspek kehidupan harian seperti sindiran, lelucon, permainan kata dan aliran jangka waktu.
Rubā‘ī: Bentuk puisi empat baris dengan irama a a b a, yang popular dalam tradisi Persia. Puisi jenis ini berfungsi untuk mengungkapkan pepatah, ajaran agama, erotis dan skeptis.
Matsnawī: Epik yang dilantunkan melalui puisi dan prosa untuk menyampaikan perihal factual dengan irama berganda yang menjadi kegemaran di Persia dan di wilayah-wilayah yang berada di bawah pengaruhnya. Matsnawī biasanya bermula dengan puji-pujian kepada Tuhan.





















































































   116   117   118   119   120