Page 23 - LAPORAN TAHUNAN UMCCED 2019_FINAL
P. 23
Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran
1. PEMASARAN
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2019 bagi mempromosi program Diploma Eksekutif, Diploma serta kursus-kursus kemahiran dan jangka pendek. Antara aktiviti
yang telah dijalankan termasuklah:
b) Lawatan Korporat Dalam dan Luar Negeri
Sebanyak 30 buah organisasi merangkumi agensi kerajaan dan
swasta telah dilawati bagi mempromosi program-program
yang ditawarkan sepanjang tahun 2019.
c) Pameran, Prebiu dan Hari Informasi
UMCCed telah menyertai sebanyak 32 buah pameran pendidikan
dan kerjaya di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia dan
juga Sabah bagi tujuan promosi secara bersemuka bersama
prospek sepanjang 2019.
Selain daripada itu, Hari Prebiu serta Hari Terbuka bagi program
muka surat 21
Diploma dan Diploma Eksekutif turut diadakan.
a) Pengiklanan
Pengiklanan di media sosial seperti Facebook dan Instagram dipertingkatkan sepanjang 2019 di
samping iklan akhbar, laman web dan papan iklan (billboard) masih digunakan sebagai inisiatif
pemasaran.
Selain daripada itu, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp turut digunakan
sebagai medium komunikasi dan pemasaran bagi program-program yang ditawarkan.
LAPORAN TAHUNAN 2019