Page 4 - LAPORAN TAHUNAN UMCCED 2019_FINAL
P. 4

Kata Alu-Aluan Naib Canselor
                                                                 “    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,


                                                                      Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan
                                                                      untuk berkongsi sepatah dua kata dalam penerbitan Laporan Tahunan Pusat Pendidikan
                                                                      Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) 2019.
                                                                      Sejak 22 tahun yang lalu, UMCCed terus teguh berpegang dengan falsafah Pembelajaran
                                                                      Sepanjang Hayat (PSH). Penekanan kepada PSH ini dikukuhkan lagi melalui Pelan
                                                                      Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2021 (Pendidikan Tinggi). Selain daripada itu,
                                                                      pada tahun 2019 Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga telah diperkenalkan dan
                                                                      menggariskan prinsip mengenai “Masyarakat Peribelajar” bagi menerapkan budaya dan
                                                                      polisi pembelajaran berterusan yang memastikan penambahbaikan serta penambah nilai
                                                                      terus berlaku dalam masyarakat negara ini.
                                                                      Universiti Malaya amat berbangga kerana telah terlibat langsung dalam PSH ini melalui
                                                                      UMCCed sejak tahun 1998.  Dalam tempoh ini lebih daripada 23,000  graduan pelbagai
                                                                      peringkat sama ada Sijil, Diploma, dan Diploma Eksekutif telah dilahirkan oleh UMCCed.
                                                                      Ini merupakan sumbangan langsung Universiti Malaya dalam meningkatkan keupayaan
                                                                      masyarakat umum dan warga bekerja di negara ini dalam usaha kerajaan memberi fokus
                                                                      kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
                                                                      PSH yang dipelopori UMCCed telah membantu masyarakat  umum dan  warga  bekerja di
                                                                      negara ini meningkatkan taraf keupayaan serta kemahiran mereka. Program pendidikan
  2
                                                                      dan latihan yang berkualiti dalam bentuk jangka pendek mahupun jangka panjang memberi
                                                                      nilai tambah dalam usaha semua pihak mengukuhkan kedudukan ekonomi berasaskan
      muka surat
                                                                      pengetahuan di Malaysia.
                                                                      Kita semua sedia maklum,  alam  pekerjaan hari  ini dipengaruhi automasi, penggunaan
                                                                      robot, kecerdasan buatan  (artificial intelligence), platform digital dan inovasi termaju
                                                                      yang mengurangkan peranan dan penggunaan tenaga manusia.  Maka adalah menjadi
                                                                      tanggungjawab UMCCed bagi memastikan para graduan dan warga kerja yang dilahirkan
                                                                      mampu berhadapan dengan perkembangan pesat dunia ini.
                                                                      Justeru itu, adalah menjadi harapan saya kiranya UMCCed dapat meneliti setiap aktiviti
                                                                      yang  ditawarkan  agar  menepati keperluan  semasa  dan  industri, serta  disulami elemen
                                                                      pengantarabangsaan agar setiap penuntut yang dilahirkan bukan sekadar berpengetahuan
                                                                      tetapi mampu menjadi warga global yang kompetitif.

                                                                      menyumbang kepada negara dan juga dunia.
                                                                      Selamat maju jaya.
                                                                      Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim
                                                                      Akhir kata, sekalung tahniah buat warga UMCCed. Semoga kita semua terus gigih  “
                                                                      Naib Canselor








    LAPORAN TAHUNAN 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9