Page 6 - LAPORAN TAHUNAN UMCCED 2019_FINAL
P. 6
Kata Alu-Aluan
“ Pemangku Pengarah UMCCed
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan-Nya maka Laporan Tahunan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti
Malaya (UMCCed) 2019 telah berjaya diterbitkan dengan memuatkan peristiwa penting serta
aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019.
Kejayaan yang telah dicapai sehingga kini khususnya dalam membawa gedung ilmu iaitu
Universiti Malaya (UM) kepada masyarakat melalui Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) adalah
berkat usaha, sokongan serta kerjasama semua pihak khususnya Pengurusan dan Staf UM
serta UMCCed. Sambutan baik masyarakat khususnya golongan bekerja terhadap program
PSH yang ditawarkan memberi gambaran positif bahawa masyarakat Malaysia amnya
sentiasa menyahut cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup terutama kerjaya mereka
melalui peluang pendidikan yang disediakan. Adalah diharapkan agar penambahbaikan
berterusan yang dilaksanakan akan dapat menarik lebih ramai golongan bekerja baik dari
dalam mahupun luar negara untuk mengikuti program yang berkualiti di UMCCed.
Semoga semua usaha yang dirancang dan telah dilaksanakan ini akan dapat menarik
penyertaan ramai khususnya golongan bekerja untuk mengikuti program-program PSH
yang ditawarkan bagi menyahut cabaran untuk meningkatkan kualiti hidup terutama kerjaya
mereka melalui peluang pendidikan yang disediakan.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang editor Profil Korporat Pusat
Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) 2019 atas segala komitmen dan usaha
dalam penghasilan buku laporan ini. Semoga ianya dapat memberi gambaran dan
maklumat yang jelas kepada masyarakat baik di dalam mahupun di luar kampus Universiti
Malaya berhubung peristiwa yang berlaku serta pencapaian UMCCed sepanjang tahun 2019.
Harapan saya juga agar ianya dapat menjadi inspirasi untuk meningkatkan penyertaan
semua pembaca sama ada individu mahupun institusi kerajaan dan swasta serta
keseluruhan masyarakat amnya untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti serta program
latihan dan pendidikan yang dijalankan oleh pusat ini.
Sekian, selamat maju jaya.
Dr. Amirrudin Kamsin
Pemangku Pengarah “
LAPORAN TAHUNAN 2019