Page 15 - “PEMBELAJARAN TERHADAP PELAJAR AUTISME”
P. 15
KAEDAH PEMBELAJARAN
TERHADAP PELAJAR AUTISME
1. Mengenal pasti masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu
Mengikut teori Piaget, jangka masa sensitif ataupun kesediaan
merupakan waktu kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkah laku
dengan lebih berkesan.
Guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian dan mengenal
pasti masa yang sesuai untuk kanak-kanak autisme melakukan sesuatu.
Contoh: Pembelajaran masteri
- Sentiasa merangsang dan memberi galakan
2. Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan
Guru dan ibu bapa perlu membantu kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti mengikut pilihan mereka sendiri.
Apabila kanak-kanak autisme mempunyai pilihan, mereka dapat
memperkembangkan kemahiran mereka melalui penggunaan deria lihat,
dengar, rasa, bau dan sentuh.
Contoh: Pengajaran terus
- Menentukan perkara yang ingin diajar
- Menentukan cara memotivasikan murid