Page 257 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 257

AL-MIZWALAH : PERALATAN FIQH FALAK
                                       YANG RELEVEN SEPANJANG ZAMAN
                                                                          1
                                              Abdullah bin Hassan, Ibn Falaki
               1.0. PENDAHULUAN


               Mizwalah atau Jam Matahari telah berkembang pada zaman Abbasiyyah sebagai suatu alat yang digunakan
               untuk  mengukur  waktu,  khususnya  untuk  waktu-waktu  ibadah  umat  Islam.  Mizwalah  diambil  khusus
               daripada perkataan zawal atau gelincir Matahari, dan Mizwalah adalah kata nama alat yang  mengukur
               peristiwa gelinciran Matahari ketika pada waktu Zuhur.


               Alat ini menggunakan suatu objek untuk mendapatkan bayang Matahari dan bayang tersebut dikaji, diukur
               dan ditanda sehingga bagi mendapatkan data dan kajian tentang gerakan Matahari dan masa.


               Matahari adalah antara objek samawi yang telah dijadikan rujukan waktu. Daripada bilangan hari setahun,
               kemudiannya pengukuran waktu dikecilkan kepada suatu tempoh Matahari berada pada kedudukan tertentu
               seperti terbit, terbenam dan gelincir Matahari. Kajian demi kajian dilakukan oleh ahli-ahli falak zaman
               dahulu, sehingga mereka mengukur gerakan Matahari kepada nilai jam, minit dan saat. Kajian-kajian ini
               merentasi  masa,  dibuat  penulisan-penulisan  ilmiah,  melalui  pelbagai  perbahasan  akademik  dan  kajian
               berkaitan pengukuran waktu tidak berhenti setelah terciptanya sesuatu peralatan baharu untuk mengukur
               masa.

               Mizwalah adalah begitu istimewa di dalam sejarah perkembangan sains Islam dan semasa perkembangan
               mazhab fiqh dalam Islam. Keistimewaannya adalah sebaris dengan peralatan agung di dalam bidang falak
               yang terkenal iaitu Astrolab dan juga teleskop oleh kerana Mizwalah dibangunkan dengan melalui pelbagai
               disiplin ilmu, bukan hanya ilmu sains dan data, bahkan juga melalui pelbagai tafsiran dalam hukum hakam
               oleh para ulama’.


               Mizwalah pada zaman Islam, mempunyai ciri-ciri ketinggian ilmu sains dan pertukangan sehingga ada yang
               masih masih kekal digunakan pada waktu sekarang walaupun berlakunya perubahan sistem di dalam dunia
               yang moden pada hari ini.


               Di dalam kertas ini, beberapa sudut dilihat bagi menjelaskan tentang Mizwalah yang masih kekal sehingga
               ke hari ini, khususnya dalam menjelaskan Mizwalah sebagai peralatan fiqh falak yang releven sepanjang
               zaman.




               1  Abdullah bin Hassan menerima pengajian ilmu falak secara tidak formal di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan
               melalui pelbagai guru termasuklah Hj. Ab. Rahaman Hussein dan Hj. Abdul Ghani bin Salleh. Mula aktif membentang kertas kerja,
               merekabentuk dan membina pelbagai jenis jam Matahari atau Mizwalah bermula tahun 2012 di seluruh Malaysia. Terdapat lebih
               30 jam matahari telah dibuat dan berada di serata Malaysia, Brunei dan Thailand. Pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai
               Pembangunan Islam, Majlis Daerah Machang sebelum menamatkan perkhidmatan dan menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti
               jam Matahari atau Mizwalah dan astronomi.



                                                                                                               127
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262