Page 258 - BUKU PROGRAM RISM 2024
P. 258
2.0. JASAD MATAHARI DAN BAYANG DALAM FIQH ISLAM
Bayang dan pergerakan jasad Matahari digunakan dalam menentukan waktu-waktu ibadah solat di dalam
Islam. Pergerakan jasad Matahari ini dapat diukur melalui kesan gerakan bayang pada waktu siang, dan
perubahan warna langit selepas Matahari terbenam di sebelah Barat dan sebelum Matahari terbit di sebelah
Timur. Berbanding dengan pergerakan jasad Bulan, yang kemudiannya diukur menggunakan perubahan
fasa bulan yang berlaku setiap hari dalam tempoh satu bulan.
Pergerakan jasad Matahari yang dapat diukur melalui bayang ini menjadi asas ukuran waktu harian yang
digunapakai sehingga ke hari ini. Perbincangan berkenaan bayang Matahari ini menjadi topik perbincangan
di dalam astronomi dan juga matematik. Malah di dalam bidang fiqh Islam, perbincangan berkenaan bayang
dan pergerakan jasad Matahari, adalah asas utama dalam perbincangan berkenaan waktu solat umat Islam.
Bahkan sebelum kewujudan jam moden dalam bentuk jam pasir, jam air, jam gajah atau jam mekanikal,
jam matahari yang menggunakan konsep bacaan bayang Matahari terlebih dahulu digunakan bagi membuat
pengukuran tentang masuknya sesuatu waktu solat.
2.1. Matahari sebagai sumber penentuan Waktu Menurut Al-Quran
Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebutkan Matahari sebagai rujukan dalam menentukan
waktu, khususnya waktu ibadah Solat. Ayat-ayat tersebut disebutkan secara umum. Antaranya ayat
sebagaimana berikut:
Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya
ke atas setiap orang yang beriman (Al-Nisa’ : 103). “
Maksudnya: “Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada
dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran
dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu
menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang yang sentiasa mengingati (Surah Hud, ayat 114) ”
128