Page 3 - Buku Program Kejohanan Sukan Tahunan SK Subang 2019
P. 3
Anugerah Khas
Kejohanan Sukan Selamat sejahtera.
Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana berbesar hati
menjemput saya bagi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Subang Kali
Ke-41, 2019.
Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik.
Di samping itu, sukan menjadi salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan
perpaduan antara masyarakat. Ini kerana kegiatan sukan dapat melahirkan semangat berpasukan.
OLAHRAGAWAN HARAPAN 2019 Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan kegiatan sukan. Dengan itu, nilai-nilai
perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan
melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan.
____________________________________________________ Hadirin sekalian,
Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangunkan modal insan
yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada
OLAHRAGAWATI HARAPAN 2019 masa hadapan. Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, murid-murid yang memiliki minda
kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan, akan menjadi faktor penyumbang
kepada kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan murid yang
sihat fizikalnya, tetapi juga murid yang memiliki cergas mindanya. Oleh itu konsep Membangun
Modal Insan dan memperkasa Sekolah melalui sukan amat bersesuaian dan perlu diteruskan oleh
___________________________________________________ sekolah.
Para Pelajar yang dikasihi,
Sebagai mengakhiri ucapan ini, diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua
OLAHRAGAWAN 2019 murid untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup mereka di alam
persekolahan. Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan
kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik !.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya Guru Besar,
guru-guru dan PIBG kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-41 bagi tahun
__________________________________________________ 2019 ini. Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat selepas
ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, kerana penyertaan
kalian menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.
Dengan ini, saya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Subang Kali Ke-41
OLAHRAGAWATI 2019 bagi tahun 2019.
Sekian, terima kasih.
PN. OOI HAW VOON
Ahli Majlis MPP MBSA Zon 17
__________________________________________________