Page 10 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 10
viii RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
MESEJ KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA (JAKIM)
YBhg. Datuk Haji
Mohamad Nordin bin Ibrahim
Kehidupan kita di dunia ini mempunyai dua perspektif
hubungan iaitu hubungan manusia dengan Allah
(hablun minallah) dan hubungan dengan manusia
(hablun minan nas). Hablun minallah bermakna kita
menjaga hubungan dengan Allah bagi menjamin
keselamatan di dunia dan di akhirat, sementara
hubungan sesama manusia mempunyai konotasi
yang merangkumi hubungan sesama Islam dan
juga hubungan dengan bukan Islam yang pelbagai
bangsa. Bangsa, bahasa dan agama menjadikan
masyarakat Malaysia sentiasa bertolak ansur dan
menghormati antara satu sama lain. Resipi unik inilah
yang menjadikan Malaysia kekal aman dan harmoni.
Masyarakat yang cintakan keamanan dan saling
menghormati akan sentiasa teguh mempertahankan
keamanan negara. Keamanan dan keharmonian
ini adalah kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai
kerana ia dibina atas asas Islam yang teguh. Ini
selari dengan kedudukan Islam selaku agama yang
memberi rahmat ke seluruh alam.
(Petikan daripada artikel “Rai Kepelbagaian Kekalkan
Keharmonian” tulisan Ketua Pengarah JAKIM,
Berita Harian bertarikh 8 Februari 2019)