Page 8 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 8
vi RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
MESEJ YB MENTERI DI
MESEJ YB MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
DI JABATAN
PERDANA MENTERI “Prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin bukanlah suatu perkara yang
baharu. Ia merupakan suatu asas atau prinsip yang dipetik
daripada al-Quran berpandukan kepada Surah Al-Anbiya’
ayat 107 yang berbunyi;
Maksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau
(Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekelian alam”.
Ayat ini secara jelasnya menjadi bukti bahawa tujuan
utama kedatangan junjungan kita Nabi Muhammad SAW
adalah untuk membawa mesej yang besar kepada dunia,
iaitu Rahmatan lil ‘Alamin. Dalam hal ini, para fuqaha’ dan
ulama’ menyimpulkan bahawa segala sifat, karektor serta
ciri-ciri yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad
SAW terangkum dalam maksud ayat yang
dinyatakan di atas. Memahami dengan
lebih jelas maksud ayat ini, Allah SWT telah
menegur sifat-sifat yang bercanggah dengan
prinsip rahmatan ini pada diri Nabi Muhammad
SAW. Sekiranya sifat-sifat tersebut wujud
dan diamalkan baginda, nescaya orang
YB Datuk Seri
Dr. Mujahid Bin Yusof