Page 44 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 44

34   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              Pendapat ahli tafsir yang lain mengatakan bahwa yang
              dimaksudkan adalah orang-orang beriman sahaja. Mereka
              membawakan riwayat dari Ibnu Zaid dalam menafsirkan ayat
              107 surah al-Anbiya ini seperti berikut:












                   “Dengan diutusnya Rasulullah, ada manusia yang
                   mendapat bencana, ada yang mendapat rahmat,
                   walaupun bentuk penyebutan dalam ayat ini sifatnya
                   umum, iaitu sebagai rahmat bagi seluruh manusia.
                   Seluruh manusia yang dimaksudkan di sini adalah
                   orang-orang yang beriman kepada Rasulullah,
                   membenarkannya dan mentaatinya”.



              Pendapat yang terpilih daripada dua pendapat ini adalah
              pendapat yang pertama, sebagaimana riwayat Ibnu Abbas
              iaitu Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW  sebagai
              rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir.
              Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah SWT memberinya
              petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah SAW. Orang-
              orang beriman dimasukkan ke dalam syurga dengan iman dan
              amal mereka terhadap ajaran Allah SWT. Manakala rahmat
              bagi orang kafir berupa tidak disegerakannya bencana yang
              menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49