Page 40 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 40

30   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              munasabah dan praktikal untuk digunakan dalam proses
              pembinaan personaliti Muslim yang kuat dan tahan uji bagi
              melaksanakan tugas berat sebagai penjana kesejahteraan
              hidup bermasyarakat.

              Ini bermakna seandainya kalangan Muslim didapati tidak
              dapat melaksanakan tugas sebagai penjana kesejahteraan
              dalam kehidupan bermasyarakat, ia merupakan isyarat
              jelas bahawa kita tidak menyempurnakan tuntutan agama
              yang dianuti. Justeru, umat Islam perlu sedar bahawa kita
              dipertanggungjawabkan sebagai pembawa obor Rahmatan Lil
              ‘Alamin yang perlu berfungsi sebagai penjana kesejahteraan
              hidup dunia. Hakikatnya umat Islam tiada pilihan selain
              mempersiapkan diri mengambil tanggungjawab berkenaan.
              Persiapan diri merujuk kepada keperluan memperkukuhkan jati
              diri keislaman dalam kehidupan harian, terutama menyuburkan
              penghayatan nilai akhlak mulia.


              Huraian Mengikut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
              dalam Tafsir Ibnu al-Qayyim


              “Pendapat yang lebih benar dalam menafsirkan ayat ini
              adalah bahawa rahmat di sini bersifat umum. Dalam hal ini,
              terdapat dua penafsiran:


                              Alam semesta secara umum
                 Pertama      mendapat manfaat dengan
                              diutusnya Nabi Muhammad SAW.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45