Page 37 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 37

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 27



              amat penting. Ia bermula dengan perkahwinan yang diasaskan
              atas mawaddah wa rahmah (kasih sayang dan belas kasihan)
              yang sedia dicipta serta diterap Allah SWT dalam jiwa lelaki
              dan perempuan seperti tercatat dalam surah al-Rum, ayat 21.

              Tujuan perkahwinan, antara lainnya ialah melahirkan zuriat
              yang merupakan amanah yang mesti dipelihara sebaik mungkin
              serta diberikan pendidikan cukup dan terbaik mengikut
              kemampuan. Sebagai timbal balik, anak-anak mesti mentaati
              ibu bapa dan menjaga mereka dengan baik apabila sudah tua.
              Suasana kehidupan sebegini dalam institusi keluarga, dengan
              pendidikan sempurna, berupaya melahirkan ahli keluarga yang
              baik dan berakhlak mulia, lalu terlaksana tuntutan Rahmah.

              Ahli keluarga yang baik akan berinteraksi dengan pelbagai
              pihak dalam masyarakat. Orang yang paling hampir ialah
              jiran tetangga. Islam menginstitusikan suatu konsep interaksi
              yang cukup baik dan teratur; bagaimana pergaulan mesti
              berlangsung dalam kalangan jiran tetangga, termasuk bukan
              Islam. Seseorang manusia terdedah kepada lapangan hidup
              yang luas membabitkan pelbagai masyarakat.

              Islam menginstitusikan konsep ukhuwah persaudaraan yang
              mengikat sesama Muslim atas dasar iman hingga tetap
              bersaudara walau di mana berada dan dituntut melaksanakan
              tugas persaudaraan. Dalam konteks hubungan dengan bukan
              Islam, syariat Islam menjelaskan hubungan baik dan toleransi
              boleh berlangsung asalkan tidak berniat jahat ke atas umat
              Islam seperti firman Allah SWT dalam surah Mumtahanah,
              ayat 8 yang bermaksud:
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42