Page 33 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 33

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 23



              Beliau membawa sebuah hadis yang menceritakan mengenai
              seorang wanita yang masuk neraka, gara-gara dia menyeksa
              kucing dan tidak memberinya makan. Beliau juga mencerita
              bahawa suatu hari Nabi Muhammad SAW melihat induk burung
              yang  terbang  berputar-putar  di  sarangnya  kebingungan.
              Lantas Rasulullah SAW mengetahui bahawa burung tersebut
              sedang mencari anak kecilnya yang hilang. Baginda lantas
              mengumpulkan para sahabat dan menanyakan kepada
              mereka, siapakah yang mengambil anak burung itu? Salah
              seorang sahabat mengakui perbuatannya. Rasulullah SAW
              lantas   meminta kepadanya untuk mengembalikan anak
              burung tadi ke sarangnya. Demikianlah kecintaan dan sifat
              rahmah Rasulullah SAW kepada binatang. Jika dengan haiwan
              sahaja baginda memerintahkan kita untuk bersikap kasih
              sayang, apalagi dengan sesama manusia. Dalam berbagai
              pertempuran, Rasulullah SAW melarang pembunuhan orang
              awam. Bahkan setiap kali akan berperang, Rasulullah SAW
              selalu berwasiat agar para tentera tidak membunuh anak-
              anak, wanita, orang tua dan juga merosakkan tanaman.

              Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman, “Oleh kerana itu Kami
              tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: Barangsiapa
              yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu
              (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan
              di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia
              seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang
              manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan
              manusia semuanya”. (Surah al-Maa’idah : ayat 32)
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38