Page 35 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 35

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 25



              Huraian Mengikut Tafsir Al-Munir

              Ulama tersohor abad ke-20, Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitab
              al-Tafsir al-Munir menjelaskan ‘bahawa Kami (Allah SWT) tidak
              mengutusmu wahai Muhammad dengan syariah, petunjuk
              dan hukum al-Quran kecuali sebagai rahmat bagi seluruh
              alam dalam kalangan manusia serta jin di dunia dan akhirat’.

              Tafsiran itu menghubungkan aspek  Rahmatan Lil ‘Alamin
              dengan syariat atau risalah dibawa Rasulullah SAW. Unsur
              rahmat akan hanya  diperoleh apabila  tidak diasingkan
              daripada syariat atau risalah Baginda, iaitu datang menerusi
              dan bersama pelaksanaan setepatnya isi kandungan risalah.
              Rahmat tidak akan datang di luar daripada kerangka dan isi
              keseluruhan hukum-hakam serta suruhan dan larangan yang
              terkandung dalam Islam. Satu aspek boleh diketengahkan
              dalam  hubungan  ini  ialah  wujud  kaitan  antara  konsep
              Rahmatan Lil ‘Alamin dengan akhlak Islam, khususnya
              apabila ditafsirkan keseluruhan ayat terbabit berasaskan
              hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya di
              antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang
              yang paling mulia akhlaknya."(Hadith Riwayat al-Bukhari
              dan Muslim)
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40