Page 32 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 32
22 RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
Menurut Dr. Najih Ibrahim (salah seorang Ulama Mesir) ayat
dalam surah al-Anbiya’: ayat 107 secara jelas menyatakan
bahawa Nabi Muhammad SAW diutus sebagai rahmat bagi
semesta alam, bukan untuk orang Islam sahaja. Ini ertinya
bahawa Rasulullah SAW adalah pembawa berkat bagi seluruh
umat manusia iaitu Islam dan bukan Islam, termasuk binatang,
tumbuh-tumbuhan, bahkan kepada benda mati sekalipun.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman,
Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu
hukum) bagi Bani Israil, bahawa:
Barangsiapa yang membunuh seorang
manusia, bukan kerana orang itu
(membunuh) orang lain, atau bukan kerana
membuat kerosakan di muka bumi, maka
seakan-akan dia telah membunuh manusia
seluruhnya. Dan barangsiapa yang
memelihara kehidupan seorang manusia,
maka seolah-olah dia telah memelihara
kehidupan manusia semuanya.
(Surah al-Maa’idah : ayat 32)