Page 27 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 27

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 17



              D     Menyantuni yang sakit

                    Rasulullah SAW juga menziarahi bapa saudaranya yang
                    masih lagi kafir iaitu Abu Talib ketika beliau sedang
                    sakit. Menurut Anas, Nabi SAW juga pernah menziarahi
                    seorang budak lelaki yahudi yang pernah berkhidmat
                    kepada Baginda.








               E    Memberi dan menerima hadiah


                    Seekor kambing telah disembelih untuk Abdullah ibn
                    Amru dan keluarganya. Apabila beliau sampai, beliau
                    bertanya kepada ahlinya apakah kamu telah memberikan
                    sebahagian kambing ini kepada jiran kita beragama
                    yahudi itu? Sesungguhnya aku pernah mendengar dari
                    Rasulullah SAW bahawa Jibril sentiasa mengingati Nabi
                    supaya berbuat baik dengan jiran. Nabi juga diriwayatkan
                    sebagai pernah menerima hadiah daripada bukan
                    Islam termasuklah Raja Muqauqis dari Mesir, seorang
                    perempuan yahudi Khaybar yang menghadiahkan Nabi
                    daging kambing.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32