Page 26 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 26

16   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              B     Berbuat baik

                    Perkara ini harus difahami sebagai konsep asas seorang
                    muslim untuk berinteraksi dengan bukan Islam. Ketika
                    Asma didatangi oleh ibunya yang masih kafir, Rasulullah
                    SAW berpesan kepada  Asma supaya melayaninya
                    dengan baik. Begitu juga apabila datang delegasi dari
                    Kristian Najran yang ingin berdialog dengan Rasulullah
                    SAW, mereka dilayan dengan hormat oleh Baginda.





              C     Memberi Penghormatan


                    Dalam satu peristiwa yang masyhur, Rasulullah SAW
                    pernah bangun terhadap jenazah seorang Yahudi.
                    Sahabat lalu bertanya, bukankah dia seorang Yahudi?
                    Rasulullah SAW membalas: Bukankah dia seorang
                    manusia? Jelas dalam kisah ini, Rasulullah SAW melihat
                    penghormatan ini dari aspek kemanusiaan. Ianya secara
                    tidak langsung menggambarkan konsep Rahmah yang
                    sangat tinggi di dalam Islam. Sekiranya seorang jenazah
                    Yahudi perlu dihormati, bagaimana pula yang masih
                    hidup, sudah tentu mereka harus diberikan hak-hak
                    kemanusiaan mereka.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31