Page 36 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 36

26   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN




                    Allah tidak melarang kamu berbuat
                  baik (dalam urusan dunia) dan berlaku
                    adil terhadap orang (bukan Muslim)
                      yang tiada memerangimu kerana
                  agama dan tidak (pula) mengusir kamu
                    dari negerimu. Sesungguhnya Allah
                        menyukai orang berlaku adil.

                           (Surah Al-Mumtahanah: ayat 8)





              Justeru, konsep Rahmatan Lil ‘Alamin bermaksud; melalui
              penghayatan syariat secara keseluruhan dan sempurna akan
              melahirkan manusia berakhlak mulia yang akhirnya akan
              menaburkan pelbagai bentuk kerahmatan, kebaikan serta
              kemakmuran alam. Secara umumnya, umat Islam sudah
              dilihat sebagai penjana kesejahteraan dan kebaikan dalam
              kehidupan. Umat Islam yang bertindak menghayati akhlak
              mulia tuntutan Islam, pasti akan berupaya menaburkan dan
              menyumbang pelbagai kebaikan dalam kehidupan harian
              di tengah-tengah masyarakat.

              Walau bagaimanapun, supaya hal ini menjadi lebih jelas, wajar
              diperhatikan beberapa aspek tuntutan ajaran Islam supaya
              dihayati dalam kehidupan umat Islam seperti terungkap
              dalam risalah Rasulullah SAW. Ruang pertama perlu diberikan
              perhatian dalam proses pembinaan diri ialah institusi keluarga
              yang menjadi permulaan kehidupan sebagai manusia. Dalam
              Islam, institusi keluarga ialah komponen masyarakat yang
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41