Page 34 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 34

24   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              Ayat ini secara jelas sekali menyebutkan larangan membunuh,
              bahkan membunuh satu orang sahaja, hukumnya sama
              dengan membunuh seluruh umat manusia. Sementara siapa
              sahaja yang menyelamatkan satu jiwa manusia, maka ia
              sama ertinya dengan menyelamatkan seluruh umat manusia.
              Betapa agungnya ayat tersebut. Kandungan ayat secara
              jelas dan tegas menyebutkan manusia; bukan orang Islam
              sahaja. Ertinya, seseorang muslim harus menjadi pelindung
              dan penjamin tidak hanya bagi mereka yang seagama, tetapi
              juga bagi mereka yang di luar agama Islam.

              Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk berbuat adil kepada
              sesiapapun; baik kepada orang Islam ataupun bukan Islam.
              Rasulullah SAW juga melarang kita berbuat zalim kepada
              sesama Islam atau bukan Islam.

              Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk menyambung
              tali silaturrahim termasuk kepada orang yang memutuskan
              hubungan silaturrahim dengan kita. Islam tidak mengajar kita
              melakukan kekerasan, mengkafirkan atau membenci orang lain.
              Islam memerintahkan kita untuk membenci kemaksiatan tetapi
              dilarang membenci pelaku maksiat. Islam memerintahkan kita
              untuk membenci kekufuran, namun tidak memerintahkan kita
              untuk membenci orang kafir.

              Terdapat suatu kisah seorang sahabat yang meminum khamar,
              lantas salah seorang sahabat mencacinya. Namun Rasululah
              SAW melarangnya dan mengatakan bahawa orang yang
              meminum khamar tersebut, mencintai Allah dan RasulNya.
              Rasulullah SAW membenci maksiat, namun tidak membenci
              pelaku maksiat.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39