Page 62 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 62

52   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN


                     Demokrasi mengajar kita supaya

                         bersikap tawadhu’ dan tidak
                    ta’asub kepada pandangan sendiri,
                  berlapang dada, hormat-menghormati

                        dan sentiasa membuka ruang
                    perbincangan dan perdebatan agar
                      suatu keputusan atau ketetapan

                             terbaik dapat diambil



               kepelbagaian aliran pemikiran yang wujud. Kata Syeikh
               Ahmad Ar-Raysouni dalam bukunya al-Fikr al-Maqasidiy,
               “demokrasi mengajar kita supaya bersikap tawadhu’ dan tidak
               ta’asub kepada pandangan sendiri, berlapang dada, hormat-
               menghormati dan sentiasa membuka ruang perbincangan
               dan perdebatan agar suatu keputusan atau ketetapan terbaik
               dapat diambil”.

               Oleh kerana kepelbagaian ini merupakan satu realiti
               masyarakat, maka pelaksanaan dan implementasi hukum-
               hakam syara’ juga perlu meraikan realiti yang kompleks ini
               sebagaimana yang sering ditegaskan ulama kontemporari
               seperti Mufti Mesir, Syeikh Syauqi Ibrahim Abdul Karim
               ‘Allam. Realiti masyarakat yang kompleks dan ilmu yang
               makin berkembang menjadikan proses istinbat hukum dan
               pelaksanaan undang-undang menjadi sukar dan memerlukan
               penelitian yang lebih mendalam dan berhati-hati.

               Kajian dan penelitian yang mendalam berkenaan setiap aliran
               mestilah dipastikan ketepatannya dan dirujuk kepada sumber
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67