Page 60 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 60

50   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              Kata Syeikh Rasyid Redha dalam mentafsirkan ayat ini,  Allah
              SWT mencipta manusia sebagai makhluk yang mempunyai
              tingkatan ilmu yang berbeza dan mempunyai kebebasan
              dan pilihan dalam membuat sebarang keputusan, dan hal ini
              menatijahkan perbezaan dan kepelbagaian hatta dari sudut
              agama dan pegangan. Ini menjadi bukti kepada kuasa Allah
              SWT dari sudut kehendak-Nya untuk menciptakan apa sahaja
              perkara. (Lihat Tafsir al-Manar, 12/161)

              Bahkan Islam menggalakkan umat agar memaksimumkan
              keupayaan akal kurniaan Allah untuk sentiasa berfikir
              dan bersikap kritis dalam menanggapi sesuatu perkara
              berpandukan ilmu dan fakta sahih.

              Usaha untuk menghimpunkan manusia ke dalam satu aliran
              pemikiran yang satu, menghimpunkan seluruh umat Islam
              di atas mazhab atau aliran yang satu merupakan perkara
              yang sia-sia, kerana ia bercanggah dengan Sunnatullah
              yang telah sedia ada sejak azali lagi. Apa yang mampu kita
              laksanakan ialah berusaha ke arah mencari pendekatan
              terbaik bagi mengurus perbezaan pendapat dan menanggapi
              kepelbagaian yang pasti wujud dalam kehidupan manusiawi.
              Slogan ‘kepelbagaian dalam bingkai kesatuan’ perlu dihayati
              agar kita saling menghargai perbezaan yang wujud dan
              menghormati sesama kita.


              Begitu juga, kita saling meraikan perbezaan dengan penuh
              penghormatan seperti kenyataan al-Syeikh Rasyid Ridha:
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65