Page 56 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 56
46 RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
Ihsan yang dianjurkan bukan terhad
kepada manusia sahaja, bahkan
merangkumi binatang dan makhluk
lain, sehinggakan mahu membunuh,
iaitu membunuh tuntut balas dan
menyembelih pun, lslam menuntut
supaya dilakukan secara Ihsan, iaitu
dengan cara terbaik, bukan dengan cara
yang menambahkan kesakitan
dan penyeksaan sebelum mati.
Pengajaran yang terdapat dalam hadis tersebut ialah lslam
adalah agama Ihsan. Ihsan bererti berbuat baik. Tuntutan Ihsan
bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar
sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan
kerja semata-mata. Ihsan yang dianjurkan oleh lslam adalah
Ihsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang
gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut
melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.
Ihsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia
sahaja, bahkan merangkumi binatang dan makhluk lain,
sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas
dan menyembelih pun, lslam menuntut supaya dilakukan
secara Ihsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara
yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum
mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan
keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta
peradaban yang tinggi.