Page 52 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 52
42 RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
Ayat ini juga merupakan dalil yang mengharuskan
berjual-beli dan berniaga dengan orang kafir
selama bukan yang haram. Rasulullah SAW dan
para sahabat juga dahulu berniaga dengan orang
kafir. Dari segi pergaulan pula, seorang Muslim
boleh berbuat baik kepada non-Muslim dalam
suasana damai dengan membantu dari segi
kewangan, memberi makan, memberi pinjaman,
menolong mereka dalam perkara-perkara yang
harus, serta berlemah-lembut dalam tutur kata.
Kita juga boleh menziarahi mereka yang sakit
sama ada di hospital atau di rumah. Perkara ini
jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari bahawa Nabi Muhammad SAW
menziarahi anak orang Yahudi yang sakit dan
mengajaknya memeluk Islam.
Sesiapa yang membunuh
seorang kafir mu’ahad
(dalam perjanjian damai)
tanpa hak, ia tidak
mencium bau syurga.
(Riwayat Ibnu Hibban)