Page 53 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 53

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 43



                 ii      Tidak boleh menyakiti tanpa alasan

                         Haram  menyakiti  dan  mengganggu  orang  kafir
                         tanpa sebab, apalagi menyakiti atau sehingga
                         membunuh  mereka.  Bahkan  doa  orang  kafir
                         yang terzalimi itu mustajab.  Nabi Muhammad
                         SAW  bersabda:  “Berhati-hatilah  terhadap  doa
                         orang yang dizalimi, walaupun ia bukan Islam.
                         Kerana tidak ada penghalang antara Allah
                         dengannya.”  (Riwayat Ahmad).


                         Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Sesiapa
                         yang  membunuh  seorang  kafir  mu’ahad  (dalam
                         perjanjian damai) tanpa hak, ia tidak mencium bau
                         syurga.” (Riwayat Ibnu Hibban).


                 iii     Dianjurkan berbuat baik kepada jiran
                         bukan Islam

                         Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jibril sentiasa
                         mewasiatkan aku untuk berbuat baik kepada jiran
                         sehingga aku menyangka ia akan dapat mewarisi
                         dariku.” (Muttafaqun ‘alaihi).


                         Perkataan jiran di sini bermaksud umum, sama
                         ada  jiran  yang  Muslim  mahupun  kafir.  Inilah
                         bentuk toleransi yang indah yang diajarkan oleh
                         Islam.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58