Page 50 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 50

40   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN



              INTIPATI NILAI YANG TERKANDUNG
              DALAM RAHMATAN LIL ‘ALAMIN


              Belas Kasihan

              Belas kasih adalah perasaan halus dalam hati yang mendorong
              manusia melakukan amalan utama, memberi maaf dan
              berlaku baik. Belas kasih termasuk budi pekerti mulia yang
              mesti diamalkan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
              kerana dengan belas kasih itu menyebabkan kita dikasihi
              oleh makhluk yang ada di langit. Sifat belas kasih ini tidak
              hanya berlaku untuk manusia saja, tetapi juga mencakupi
              binatang kerana menyakiti binatang bukan termasuk sikap
              orang mukmin.

              Rasulullah SAW bersabda:







                                  Kasihanilah

                         orang-orang yang ada
                          di bumi, supaya kamu
                           dikasihi oleh orang-
                           orang yang di langit
                               (para Malaikat).


                           (Hadis Riwayat Thabrani)
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55