Page 51 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 51
RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN 41
Berakhlak Mulia
Islam agama samahah, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu hanifiyyah dan samahah.”
(Riwayat Bukhari secara mu’allaq, Ahmad)
Hanifiyyah maksudnya lurus dan benar, samahah maksudnya
penuh kasih sayang dan toleransi.
Akhlak Islam terhadap orang kafir yang tidak memerangi
Islam ini, telah diajar adab-adab yang unik untuk bergaul
dengan mereka, antaranya:
i Dianjurkan berbuat baik dalam muamalah
dan pergaulan.
Setiap Muslim hendaklah bermuamalah dengan
baik dengan non-muslim, serta menunjukkan
akhlak yang mulia. Sama ada dalam jual-beli,
urusan pekerjaan, urusan perniagaan dan perkara
muamalah lainnya. Allah SWT telah berfirman:
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik
(dalam urusan dunia) dan berlaku adil terhadap
orang-orang (kafir) yang tiada memerangimu
kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari
negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berlaku adil.”
(Surah Al-Mumtahanah : ayat 8).