Page 102 - PROFILE MAQASID SHARIAH
P. 102
Pelan Perancangan 3 Tahun...
Mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memperluaskan
kefahaman tentang prinsip sejagat Maqasid Syariah kepada semua peringkat
masyarakat Islam dan juga bukan Islam.
Mengadakan engagement berterusan dengan semua kementerian/jabatan/
agensi, Universiti Awam, para ulama, pemikir/cendikiawan dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan dalam memperkukuhkan agenda pelaksanaan Maqasid Syariah
agar proses reformasi dan penambahbaikan dalam pentadbiran negara dapat
dilaksanakan secara berterusan.
Mengadakan engagement dengan institusi/badan antarabangsa bagi
memperkenalkan model tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah di peringkat
serantau dan antarabangsa.
Menyediakan bahan-bahan penerbitan bercetak dan akses maklumat melalui
IT mengenai Maqasid Syariah supaya masyarakat mudah mendapat maklumat
sebagai rujukan dan penjelasan.
102 Profil Maqasid Syariah