Page 38 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 38

abdul Wahhab Khallaf (w1956m) menjelaskan konsep
              siyasah syar’iyyah dalam pemerintahan negara sebagai
              melaksanakan pentadbiran awam negara Islam dengan cara
              yang boleh memberi kebaikan dan menolak kemudaratan
              dalam lingkungan batas-batas syariat dan prinsip umumnya,
              walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam
              mujtahidin yang terdahulu atau tanpa mengikut jejak langkah
              salaf dalam mengambil kira kepentingan dan perkembangan
              semasa.  sebenarnya  tidak  ada  halangan syarak  untuk
              mengambil apa sahaja langkah yang boleh menolak
              kemudaratan dan memenuhi maslahah dalam apa sahaja
              urusan negara selagi ianya tidak terkeluar daripada batas-
              batas syarak dan kaedah-kaedah umumnya (Khallaf, 1984).

              menurut Fathi uthman (w2010m), antara bentuk siyasah
              syar’iyyah ialah mengambil faedah daripada pengalaman
              orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya
              boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan
              orang ramai serta tidak pula bertentangan dengan mana-
              mana nas syarak, sama ada secara khusus atau secara
              umum. sebagai contohnya, kata beliau ialah tindakan umar
              memperbaharui kaedah pentadbiran negara berasaskan
              pengalaman baru yang diperolehi dari jajahan-jajahan yang
              baru ditakluki oleh tentera Islam pada waktu itu (uthman,
              1979).

              Berdasarkan  kepada  definisi  dan  penjelasan  terhadap
              maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah, didapati bahawa
              kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat
              antara satu sama lain. Kedua-duanya meletakkan maslahah
              sebagai  elemen  utama  dalam  definisi  masing-masing.
              Justeru,  siyasah  syar’iyyah  sebenarnya tidak dapat
              dipisahkan daripada maqasid syariah.


                   tadbir urus berteraskan
              26 maqasid syariah
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43