Page 42 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
        P. 42
     Tadbir Urus Berteraskan
              maqasid Syariah
              Kaedah fiqh menjelaskan, “Tindakan
              pemimpin adalah tertakluk kepada
              maslahah rakyat” (al-Zarkasyi, 1982: 1/309).
              Kaedah ini merupakan kaedah umum yang
              utama dalam perundangan Islam berkaitan
              Siyasah Syar’iyah. Ia berkaitan dengan
              matlamat utama dalam perundangan
              Islam iaitu ‘Memenuhi maslahah dan
              menjauhi mafsadah’ melalui pemeliharaan
              kepada lima prinsip (daruriyat khamsah);
              agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
              Objektif pensyariatan Islam ini hanya
              akan terlaksana apabila para pemimpin
              melaksanakan amanah rakyat dan
              memelihara hak mereka dengan adil
              (al-Ghamidi, 1430H).
                   tadbir urus berteraskan
              30 maqasid syariah





