Page 45 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 45
...objektif umum syariat Islam
ialah memelihara kestabilan
sistem kehidupan manusia...
5. maslahah hanya melibatkan urusan
adat dan muamalat yang boleh berlaku
perubahan pada hukumnya mengikut
kesesuaian, bukan melibatkan urusan
yang hukumnya kekal dan tidak boleh
berubah seperti sesuatu yang
diwajibkan, diharam kan, hukuman
hudud. Dengan kata lain, maslahah
itu hanya melibatkan urusan yang
boleh berlaku ijtihad padanya sahaja.
6. maslahah yang diyakini boleh
mendatang kan manfaat kepada
masyarakat, bukan maslahah yang
kabur.
7. maslahah untuk masyarakat umum,
bukan hanya untuk individu tertentu
sahaja.
8. maslahah yang dibina berdasarkan
neraca syarak, bukan bersumberkan
hawa nafsu atau logik akal semata-
mata.
tadbir urus berteraskan
maqasid syariah 33