Page 44 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
P. 44

Maslahah Sebagai elemen penentu
              Dalam Proses Membuat Keputusan


              Maslahah yang menjadi teras kepada maqasid syariah
              adalah sesuai untuk semua manusia pada setiap tempat dan
              zaman; untuk muslim dan selain muslim. Ini berasaskan
              konsep Islam rahmat untuk sekalian alam dan syariatnya
              adalah selari dan menepati fitrah manusia. Menurut Ibnu
              ‘ashur (w1973m), objektif umum  syariat Islam ialah
              memelihara kestabilan sistem kehidupan manusia dan
              mengekalkan kebaikan padanya (1998: 273), dan memelihara
              kestabilan sistem dunia dan memberikan garis panduan
              bagi tindakan manusia untuk mengelak daripada kerosakan
              dan kehancuran (1998: 299).

              Para ulama               1.   maslahah tidak berlawanan dengan
              menjelaskan garis            dalil yang qat’i dari al-Qur’an,
              panduan berikut              sunnah atau ijma’.
              bagi memastikan
              sesuatu maslahah         2.  maslahah yang selari dengan
              yang menjadi                 objektif  syarak iaitu tiada
              dasar tindakan               konflik  dengan  asas  prinsip,
              pemimpin adalah              dasar, dan dalil hukum syarak.
              maslahah yang            3.  maslahah itu tidak berlawanan
              diiktiraf oleh               dengan maslahah yang lebih
              Syarak (Ibnu                 penting.
              ‘Ashur, 1998;
              al-Buti,1402H;           4.  maslahah yang jika diaplikasikan
              al-Ghamidi,                  tidak menyebabkan akan
              1430H):                      berlakunya mafsadah yang lebih
                                           besar atau menyamainya.



                   tadbir urus berteraskan
              32 maqasid syariah
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49