Page 52 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
        P. 52
     “         ... pengamalan nilai-nilai
                          Maqasid Syariah dalam
                              pentadbiran akan
                         menyerlahkan bahawa
                                  Islam adalah
                             agama rahmat...
                                                                 ”
              ii.   Menghasilkan tindakan-tindakan yang
                    berpandangan jauh yang membawa
                    kepentingan kepada negara dan rakyat.
                    Dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah dalam
                    maqasid  syariah, pemerintah akan sentiasa
                    berpandangan  tajam  dan  jauh  dalam  menilai  dan
                    menimbang antara tahap-tahap kemaslahatan dan
                    kemudaratan yang terhasil daripada sebarang
                    tindakan. Dengan pertimbangan tersebut, tindakan-
                    tindakan kerajaan akan sentiasa membawa kepada
                    kemaslahatan dan memberikan kepentingan walaupun
                    secara zahir dan dari pandangan singkat ia merugikan.
                    sebagai contoh, peristiwa Hudaibiyyah telah
                    memperlihatkan kepimpinan dan pentadbiran
                   tadbir urus berteraskan
              40 maqasid syariah





