Page 56 - TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH-FINALIST.web (2)
        P. 56
     Aplikasi Maqasid Syariah
              Dalam Tadbir Urus Negara
              di zaman khulafa’
              ar-rasyidin
              Para pemimpin yang dididik oleh
              Rasulullah SAW dalam kalangan Khulafa’
              al-Rashidin telah membudayakan
              Maqasid Syariah dalam urus tadbir
              mereka. Beberapa contoh tindakan
              mereka ialah:
                  I.
                 saidina abu bakar ; ketika menjadi khalifah, bersetuju
                 dengan cadangan Umar agar al-Qur’an dikumpulkan
                 dalam satu mushaf bagi mengelakkan mafsadah iaitu
                 hilangnya tulisan dan hafalan al-Qur’an kerana ramai
                 para hafiz al-Qur’an yang mati syahid dalam perang
                 (al-bukhari, 2002; al-Ghamidi, 1430H). Walaupun nabi
                 muhammad saW tidak mengarahkan para sahabat
                 mengumpulkan  penulisan  al-Qur’an  dalam  satu
                 mushaf, namun, jika ia tidak dilakukan, kelak umat
                 Islam selepas ketiadaan generasi para sahabat tidak
                 mampu membaca al-Qur’an dengan sempurna. Oleh
                 itu tindakan saidina abu bakar tersebut merupakan
                 satu maslahah besar untuk umat manusia.
                   tadbir urus berteraskan
              44 maqasid syariah





