Page 19 - MANUAL PENGURUSAN KERJA SMK RENEK 2020
P. 19
Manual Pengurusan kerja 2020
PROSEDUR OPERASI STANDARD GURU DAN STAF SEMEKAR
1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru hendaklah membaca, memahami
dan mematuhi Perintah Am tersebut
2. Guru-guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan mentafsir dengan tepat akan
kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai pekerjaan/mata pencarian
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip
perkhidmatan cemerlang
5. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan
6. Guru hendaklah meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada diri
dalam menjalankan tugas
7. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru terhadap masalah disiplin dan akhlak
murid
8. Guru digalakkan mengenali pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran serta menghormati mereka
9. Semua surat kepada pihak luar khususnya ke JPNT hendaklah melalui Pengetua
10. Guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan murid
ketika berada di sekolah dan menjaga harta sekolah
11. Guru dan kakitangan mestilah mendapat kebenaran Pengetua, sekiranya ingin pergi
ke JPN atau KPM atas urusan rasmi
12. Guru ganti dikehendaki masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan
PANDUAN AM GURU DAN KAKITANGAN SMK RENEK
1. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
1.1. Waktu rasmi persekolahan adalah sebagaimana jadual waktu
1.2. Sepanjang waktu persekolahan guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah, kecuali
dengan kebenaran
1.3. Guru mestilah sampai di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu persekolahan
(7.30 pagi)
1.4. Waktu pulang rasmi ialah selepas selesai solat berjemaah.
1.5. Staf sokongan mesti melaporkan diri (mengikut waktu kerja berperingkat):-
7.30pg – 4.30 petang
8.00 pg – 5.00 petang
18 | #semekarmenciptakecemerlangan#