Page 21 - MANUAL PENGURUSAN KERJA SMK RENEK 2020
P. 21
Manual Pengurusan kerja 2020
9.3.7. BRP/eRPM mesti dihantar pada hari Khamis setiap minggu untuk disemak oleh
Pengetua / GPK/GKMP mengikut jadual semakan yang telah ditetapkan
9.3.8. Guru Kanan Mata Pelajaran akan mengesahkan sukatan dan rancangan pelajaran
awal Februari
10. WAKTU MENGAJAR
10.1. Guru hendaklah patuh dengan jujur waktu masuk dan keluar kelas
10.2. Jangan memulakan pengajaran sehingga murid membersihkan kelas
10.3. Pastikan bilangan murid akur dengan Jadual Kedatangan
10.4. Mencatatkan maklumat diperlukan dalam Buku Kawalan Kelas
11. BUKU LATIHAN
11.1. Buku latihan murid hendaklah diperiksa dengan bijaksana dan kembalikan
11.2. Pihak Pengetua akan menyemak buku-buku latihan mengikut keadaan
11.3. Penjaga berhak menyemak kembali Buku Latihan anak-anak mereka
11.4. Bilangan Buku Latihan yang diperlukan hendaklah diselaraskan oleh Panitia Mata
Pelajaran
12. PERHIMPUNAN
12.1. Semua guru wajib hadir dan catatkan kehadiran dalam buku catatan di tempat
Perhimpunan Mingguan
12.2. Berbaju batik pada hari Khamis
12.3. Guru Bertugas Mingguan pastikan keadaan perhimpunan teratur dan sempurna
12.4. Ucapan dan pengumuman hendaklah ringkas dan padat
13. MESYUARAT GURU
13.1. Semua mesyuarat yang dirancang oleh sekolah adalah tugas rasmi
13.2. Mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit
13.3. Keputusan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada pihak berkaitan
13.4. Salinan surat panggilan dan minit mesyuarat mesti disimpan dalam fail
pejabat
14. PEPERIKSAAN
14.1. Peperiksaan yang diatur adalah satu peristiwa rasmi
14.2. Kerahsiaan dan kesahihan keputusan peperiksaan hendaklah diutamakan dan dibudayakan
14.3. Jika waktu peperiksaan melibatkan waktu pertama hari Ahad, maka pengawasan dilakukan
oleh guru kelas
15. PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
15.1. Alat-alat dan harta benda sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk maksud
peribadi dilarang
15.2. Peminjaman sesuatu alat sekolah adalah dengan kebenaran penguasa yang diamanahkan
dan mesti direkod
16. PEMBELIAN ALAT
16.1. Sebarang pembelian hendaklah mengikut peraturan kewangan kementerian
17. SURAT RASMI SEKOLAH
17.1. Surat rasmi/’letterhead’ sekolah tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi
17.2. Hanya surat-surat berkait dengan peraturan pengurusan sekolah sahaja boleh menggunakan
surat rasmi sekolah
20 | #semekarmenciptakecemerlangan#