Page 82 - MANUAL PENGURUSAN KERJA SMK RENEK 2020
P. 82
Manual Pengurusan kerja 2020
Merancang pelbagai aktiviti untuk melahirkan pelajar tingkatan 6 yang aktif,
produktif, berdisiplin, bersemangat sukan yang tinggi dan bersatu padu.
Memastikan semua guru melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum
supaya menjadi pendorong kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam semua
aktiviti kokurikulum.
Memastikan setiap pelajar tingkatan 6 terlibat secara aktif dalam aktiviti
khidmat masyarakat melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam kelab,
persatuan, dan unit beruniform.
Menggalakkan pelajar tingkatan 6 mengambil bahagian dalam kegiatan sukan
dan permainan sama ada peringkat sekolah, daerah atau peringkat yang lebih
tinggi
Melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kemahiran soft skill
pelajar tingkatan 6
Membentuk pasukan yang sentiasa bersedia untuk menyertai program
anjuran agendi luar
Merancang aktiviti yang sesuai untuk memastikan semua pelajar mencapai
sekurang-kurangnya B dalam Laporan Kokurikulum mereka.
Merancang dan melaksanakan program penganugerahan “vijil” kepada badan
uniform
Merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya sekali program
perkhemahan atau seumpamanya kepada semua pelajar.
Mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang tidak hadir aktiviti
kokurikulum sekolah.
Merancang dan melaksanakan program yang melibatkan ibu bapa dan komuniti
JUMLAH JAM KREDIT MENGIKUT PECAHAN KOKURIKULUM
TINGKATAN 6
UNIT BERUNIFORM - 20 JAM (SELASA 2.00 - 4.00 PTG)
KELAB & PERSATUAN - 13 JAM (RABU 2.00 – 4.00 PTG)
SUKAN & PERMAINAN - 13 JAM (RABU 2.00 – 4.00 PTG)
81 | #semekarmenciptakecemerlangan#