Page 21 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 21

  Cabaran strategik sumber manusia ditangani melalui tindakan seperti berikut: Cabaran Strategik dan Tindakan
PROFIL
16
    Persepsi Pelanggan Terhadap Faktor Lokasi UiTMCPh
Cabaran kedua ialah memperbetulkan persepsi ibu bapa dan pelajar terhadap UiTMCPh. Kebanyakan ibu-bapa dan pelajar menganggap lokasi UiTMCPh agak jauh dan terletak di sebuah bandar kecil. Pemikiran skeptikal ini secara tidak langsung menjadi salah satu sebab enrolmen pelajar baru secara puratanya 80% daripada jangkaan.
     Kemudahan sokongan perpustakaan dan teknologi maklumat
Kemudahan sokongan seperti perkhidmatan perpustakaan dengan buku-buku yang mencukupi dan rangkaian akses laman web contohnya jurnal terkemuka untuk tujuan penyelidikan. Namun begitu masalah yang paling ketara kini ialah capaian internet untuk sesuatu laman web semakin lambat khususnya pada waktu puncak.
     Kemudahan atau fasiliti bilik-bilik kuliah yang sedia ada
Untuk memberi keselesaan kepada pensyarah dan pelajar. Kemudahan atau kapasiti bilik kuliah tidak dapat menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Ketidakselesaan disesetengah bilik kuliah menjadikan para pelajar dan staf akademik merasa agak kurang selesa sewaktu kuliah berlangsung. Namun begitu bagi menangani masalah tersebut, kuliah disebelah malam diadakan.
     Kerjasama dari kalangan pengusaha dan peniaga setempat
Untuk mendapatkan usahawan dan peniaga tempatan yang berupaya memberikan maklumat yang tepat tentang program yang memenuhi kehendak pasaran adalah agak sukar. Kebanyakan usahawan agak keberatan untuk berkongsi maklumat tentang kejayaan syarikat mereka dan prestasi graduan UiTMCPh.
        CABARAN UTAMA DAN KELEBIHAN ORGANISASI
         Peruntukan kewangan
Mendapatkan peruntukan kewangan mencukupi bagi perbelanjaan mengurus & pembangunan dari UiTM induk
   Graduan dengan nilai kemahiran (softskill) yang tinggi Melahirkan graduan berkualiti, berkebolehan & kreatif dengan ilmu komunikasi sesuai kehendak industri
   Sokongan moral dari semua pihak berkepentingan
Untuk terus mendapatkan sokongan moral dari UiTM induk serta sokongan industri dan komuniti disekitarnya serta dengan universiti terkemuka.
       Komitmen dari semua pihak
Mendapatkan komitmen tinggi dan bersungguh dari pengurusan, tenaga akademik dan staf sokongan dalam melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.
      Meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar-pelajar
Untuk terus meningkatkan bilangan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang tinggi demi memastikan graduan yang dihasilkan akan menjadi lebih mantap dan mudah diterima oleh pihak industri.
    Menawarkan kursus yang releven memenuhi kehendak pasaran.
Untuk sentiasa menjalankan kajian tentang kehendak industri dan juga menilai semula silibus pengajian untuk menjadi lebih relevan kepada kehendak tersebut.
      Staf yang berdayasaing
Penglibatan staf di dalam aktiviti inovasi dan kreativiti dengan penghasilan produk yang memenangi pertandingan inovasi seperti IID, ITEX dan penyertaan KIK staf dan pelajar yang membantu di dalam penambahbaikan proses kerja.
    Penglibatan staf akademik di dalam polisi kerajaan
Untuk sentiasa melibatkan diri secara aktif di dalam projek usahasama strategik pembangunan ekonomi dengan pihak kerajaan negeri contohnya Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).
      Staf akademik dan bukan akademik yang efisien dan profesional
Untuk menerima dan mengekalkan staf akademik dan bukan akademik yang berwibawa. Untuk kekal mapan, bilangan staf akademik yang mendapat pengiktirafan Badan Profesional perlu dipertingkatkan. Melalui Training Need Analysis, setiap Ketua Bahagian dan Ketua Program mengenalpasti kompetensi staf bagi bertujuan mencadangkan latihan yang sesuai kepada Bahagian Latihan Staf.Penggunaan kepakaran dalaman telah dilaksanakan melalui sistem mentor-mentee di kalangan pensyarah senior dan baru. Bagi memenuhi keperluan pensyarah yang mendesak ekoran penambahan pelajar, pensyarahsambilan sepenuh masa digunakan. Pensyarah yang mempunyai kelayakan sarjana dan sesuai diserap ke jawatan tetap manakala yang belum mempunyai sarjana digalak menyambung pengajian. Bagi staf bukan akademik seperti kerja di bahagian fasiliti, tenaga dari luar telah digunakan jika kepakaran dalaman tidak ada.
         Bil Perkara Tindakan
          1
       Arahan kerja (bukan secara adhoc)
    Setiap jabatan perlu menyediakan perancangan kerja dan tugasan rutin pada awal tahun berdasarkan kalendar aktiviti universiti. Pemakluman kepada tenaga kerja dibuat melalui emel dan mesyuarat
     2
   Cabaran Perancangan strategik
- KPP berhadapan dengan enrolmen pelajar, program baharu, keperluan tenaga pengajar dan kemudahan P&P yang sentiasa berubah.
- Pengurusan UiTMCPh berhadapan dengan cabaran pengambilan pensyarah baharu, pembelian peralatan makmal dan bengkel, penyediaan infrastruktur, bilik kuliah, bilik pensyarah, dan perabot.
    Cabaran yang dihadapi ditangani bersama secara bersepadu merentasi semua jabatan melalui JKE, penubuhan JK khas Siasatan dan mesyuarat jabatan.
 Sistem Penambahbaikan Prestasi
Perlaksanaan proses semakan prestasi adalah berdasarkan Balance ScoreCard. Merujuk KPI tersebut, pemantauan prestasi pensyarah adalah menggunakan mekanisme kajiselidik, pemantauan P&P serta audit seperti rajah berikut.
   


























































   19   20   21   22   23