Page 24 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 24

   1.0 KEPIMPINAN
KAEDAH KEPIMPINAN KANAN MENGGERAKKAN ORGANISASI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF DAN INISIATIF STRATEGIK YANG TELAH DIRANCANG BAGI PEMBANGUNAN PELAJAR
Kepimpinan kanan UiTMCPh mengamalkan gaya kepimpinan Partisipatif dalam corak kepimpinannya bagi memastikan objektif penubuhan UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dalam kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia tercapai. Justeru, kepimpinan kanan UiTMCPh sentiasa memberi peluang kepada staf bawahan untuk mengambil bahagian bagi mencapai objektif yang telah dirangka dengan menyediakan ruang penambahbaikan, pembelajaran, perkongsian maklumat dan menyokong aktiviti masyarakat setempat bagi peningkatan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Berteraskan misi untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika, kepimpinan kanan UiTMCPh telah merangka mekanisme yang strategik bagi mencapai objektif strategik pembangunan pelajar iaitu iaitu i) modal insan yang holistik, dinamik dan seimbang, ii) pemantapan tadbir urus berintegriti, dan iii) prasarana berkualiti seterusnya menjunjung visi UiTM agar halatuju kampus selari dengan matlamat penubuhannya. 5 mekanisme yang dirangka bagi mencapai objektif adalah i) gerakan kualiti dan pelan strategik, ii) pemupukan nilai, iii) strategi pengurusan, iv) kemudahan dan prasarana, v) pemantapan pembelajaran dan pengajaran dan vi) pengiktirafan dan sanjungan.
Gerakan Kualiti dan Pelan Strategik
Untuk merangka sasaran, menetapkan matlamat, meningkatkan usaha penambahbaikan dan mengekalkan kualiti tahunan, UiTMCPh telah mewujudkan gerakan kualiti bagi tempoh 12 tahun (2008-2020) (Rujuk Rajah 1.1 Lampiran 1.1). Gerakan kualiti yang sistematik ini telah menjadi paksi kepada kewujudan beberapa inisiatif utama ke arah pencapaian sasaran yang telah ditetapkan. Gerakan kualiti ini telah mewujudkan satu persekitaran yang dinamik yang telah menjadi panduan dan mendorong penglibatan semua warga dalam melahirkan graduan yang dinamik, holistik dan seimbang sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008.
Dalam merangka KPI (Key Performance Index) kampus, kepimpinan kanan UiTMCPh telah mengaplikasikan konsep SMARTER (Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Timely, Evaluate and Reviewed) untuk menjamin keberhasilan objektif dalam pembangunan pelajar. KPI dirangka berdasarkan pematuhan kepada visi dan misi universiti, namun masih mengambilkira keupayaan warganya sebagai pelaksana. Untuk merealisasikan KPI ini, kepimpinan kanan telah merangka beberapa inisiatif strategik yang diwujudkan berdasarkan kepada analisis SWOT yang mengenalpasti Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Analisis ini dapat memberi maklumat yang signifikan dalam mewujudkan dan menjamin akan kejayaan sesuatu inisiatif itu. Analisis ini juga boleh membantu merangka sebarang proses pemantauan, pengukuran keberkesanan, risiko yang mungkin dihadapi dan langkah pencegahan, serta penambahbaikan mana-mana inisiatif (Rujuk Jadual 2.4).
Pemupukan Nilai
Dalam melahirkan pelajar serta graduan yang seimbang dari segi akademik dan intelektual, kepimpinan kanan sentiasa menerapkan nilai positif dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dalam diri pelajar melalui penerapan nilai kemanusiaan sejagat melalui nilai unik kampus ini sendiri iaitu nilai PAHANG. Rajah 1.2 di bawah memperincikan nilai ini dan bagaimana ia diterapkan dalam kalangan pelajar.
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam
KEPIMPINAN K1 - 1
        























































































   22   23   24   25   26