Page 25 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 25
KEPIMPINAN K1 - 2
Rajah 1.2 Nilai PAHANG
Selain itu, model “TRIPLE” KP (2017 3K2P) juga diperkenalkan sebagai amalan
hidup berkualiti kepada setiap pelajar. Rajah 1.3 meringkaskan model “TRIPLE KP” ini.
Rajah 1.3 Model “TRIPLE” KP
Bagi mewujudkan persekitaran dinamik bagi tema pembangunan pelajar, kepimpinan kanan juga menekankan 3 dasar utama: i) dasar persekitaran, ii) dasar hospitaliti, dan iii) dasar apresiasi. Ketiga-tiga dasar ini dibentuk secara simbiosis untuk menjamin UiTMCPh terus relevan dalam melahirkan pelajar serta graduan yang dinamik dan holistik. Dasar ini diwujudkan dengan mengambilkira keperluan, pencapaian dan hasil MKSP, Perancangan Strategik dan PDCA.
Dasar persekitaran juga diwujudkan untuk mengimbangi pembangunan pelajar melalui pembangunan LESTARI. Hasilnya, pelajar menikmati kampus mesra alam dengan persekitaran kampus bersih, hijau dan harmoni serta dapat memelihara serta memulihara khazanah alam semulajadi. Melalui dasar ini, pelajar sentiasa dididik untuk menghargai alam sekitar melalui amalan berikut:
● Mengurangkan penggunaan kertas
● Mengurangkan pencemaran udara (kenderaan pelajar diwajibkan parkir di tempat
yang telah dikhaskan
● Notis peringatan penjimatan elektrik untuk menggalakkan penggunaan tenaga
secara berhemah
Inisiatif dasar persekitaran diperluaskan melalui aspek rohani dan emosi dengan memperkenalkan Konsep Wakaf dan Program Wakaf Buku yang memberi peluang kepada pelajar juga warga kampus berkongsi tanggungjawab dalam menaiktaraf keselesaan di masjid dan surau, serta membantu dalam pembangunan akademik masyarakat yang memerlukan di dalam dan luar negara. (Rujuk Rajah 7.2 c dan 7.2f). Amalan Dasar Hospitaliti menjunjung nilai kemanusiaan glokal melalui perkhidmatan terbaik dan layanan mesra
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam