Page 26 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 26
kepada warga kampus, tetamu, masyarakat setempat dan kerajaan negeri. Untuk mempromosi dasar ini, pelajar sentiasa dididik untuk menterjemahkan perlakuan 8S (Senyum, Segak, Salam, Sayang, Segera, Sempurna, Sensitif, Sopan) dalam komunikasi mereka dengan semua pihak.
Strategi Pengurusan
Strategi pengurusan yang mantap telah mewujudkan suasana penambahbaikan prestasi kampus berteraskan misi dan objektif strategik. Model MOSKA2 telah dirangka sebagai panduan untuk membantu meningkatkan ketelusan kampus melalui dasar pintu terbuka, memupuk semangat kerjasama, esprit de corp antara warga kampus dan mentadbir urus dengan mengutamakan kualiti, pemuafakatan (collegiality) dan kesehaluan (congeniality) serta mengambilkira nilai 5K (Keserakanan, Kelainan, Komitmen, Kreativiti dan Kod Etika). Salah satu mekanisme yang dipraktikkan adalah melalui penurunan kuasa kepada PTJ seperti Ketua Bahagian, KPP dan Koordinator yang terdiri daripada staf berkaliber. Ini telah membantu melancarkan tugasan pengurusan.
Kelestarian kampus jelas dilihat melalui penubuhan beberapa jawatan kuasa untuk mewujudkan dan menguruskan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat di UiTMCPh. Ini termasuk pengurusan risiko dan krisis dengan penubuhan JK SOSHCo, Inspektorat Fizikal, Tempat Ibadat, 5S dan Pengurusan LEAN. Saluran seperti kajian kegirangan (Happiness Index), e-Aduan, i-Lead, serta amalan MBWA dan Dasar Pintu Terbuka oleh kepimpinan kanan disediakan sebagai platform untuk menyuarakan pandangan staf dan pelajar. Analisa kajian dan aduan serta ulasan, komen dan cadangan diteliti dan diambilkira oleh kepimpinan kanan dalam membuat sesuatu keputusan atau dasar. Selain itu, kepimpinan kanan juga telah mewujudkan jalinan dengan pihak luar melalui penubuhan Kor- SUKSIS yang menyaksikan kerjasama dengan pihak PDRM, BOMBA dan JPAM serta dengan termerainya penyerahan hak milik secara pajakan selama 99 tahun Kompleks Sukan MSN kepada UiTMCPh.
Kepimpinan kanan juga menekankan komunikasi dua hala sebagai salah satu daripada strategi pengurusannya. Komunikasi top down dan bottom up sentiasa diamalkan untuk menjamin penyampaian perkhidmatan kepada pelajar sebagai pelanggan utama organisasi ini melalui e-Aduan, i-Lead, emel, mesyuarat dan taklimat, pintu terbuka, informasi di laman web, morning coffee dan penganjuran program. Rajah 1.4,1.5 dan Jadual 1.1 menjelaskan sistem komunikasi yang diamalkan.
Rajah 1.4 Sistem komunikasi yang diamalkan
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam
KEPIMPINAN K1 - 3