Page 27 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 27

   KEPIMPINAN K1 - 4
 Jadual 1.1 Kekerapan Mesyuarat Yang Diadakan di UiTMCPh
  Peringkat
    Mesyuarat
  Kekerapan
     Pengerusi
        Pengurusan Atasan
    ● Mesyuarat Eksekutif
    ● Mingguan
       Rektor
      Pengurusan Dalaman
 ● Mesyuarat Pengurusan Dalaman
● Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
  ● 4 kali setahun ● 2 kali setahun
   Rektor
     Ketua Bahagian
    ● Mesyuarat Ketua Pusat Pengajian ● Mesyuarat Ketua Bahagian
    ● Bulanan ● Bulanan
       Timbalan Rektor HEA
      Ketua Bahagian
 ● MesyuaratPegawaiPembangunanPelajar ● Mesyuarat Pengurusan HEP
  ● 2 kali per semester ● 2 kali per semester
   Timbalan Rektor HEP
     Koordinator Program
     ● Mesyuarat program
    ● Bulanan mengikut keperluan
       Koordinator
    Pentadbiran kepimpinan kanan UiTMCPh juga menggunapakai dasar pengurusan LEAN bagi memastikan pengurusan yang lebih 1) efisyen, 2) sistematik, 3) peningkatan produktiviti dan 4) pengurangan pembaziran. Sebagai contoh perlaksanaan lean di Bahagian HEP ialah pelajar perlu menghantar laporan dalam bentuk softcopy dan penggunaan sistem untuk pendaftaran pelajar. Pengurusan LEAN yang dipraktikkan ini dapat meningkatkan
kecekapan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Keprihatinan Kepimpinan Kanan UiTMCPh terhadap pandangan masyarakat sekeliling tentang 4 kategori ini diterapkan melalui tindakan proaktif yang diambil bagi setiap aduan serta saranan melalui media massa, media aduan elektronik dan rangkaian sosial seperti akhbar, laman web UiTMCPh,i-Lead, emel, e-aduan, twitter dan facebook.
Kepimpinan kanan UiTMCPh juga memastikan proses pengurusan adalah mengikut perundangan, peraturan dan akreditasi dengan memfokus kepada empat kategori utama iaitu keperluan akademik, keprofesionalan staf dan pelajar, pihak berkepentingan serta operasi pengurusan. Ini adalah untuk memastikan penyediaan perkhidmatan berkualiti sejajar dengan kehendak dan keperluan pelajar dan pihak berkepentingan. Proses-proses mengikut perundangan ini diperincikan seperti Jadual 1.2 di Lampiran 1.2. Tingkahlaku beretika ini disalurkan kepada semua warga UiTM dan pihak berkepentingan melalui Amanat Rektor, interaksi secara langsung, program latihan insaniah/kerohanian, pekeliling rektor/penolong pendaftar dan dokumen dasar/polisi.
Kemudahan dan Prasarana
Bagi mencapai objektif pengambilan pelajar seramai 250,000 menjelang 2020, UiTMCPh turut terkesan dengan peningkatan pengambilan pelajar setiap semester. Peka dan priharin dengan situasi ini, kepimpinan kanan UiTMCPh telah berjaya menambah kemudahan dan prasarana kampus dengan kolej kediaman 4 blok 10 tingkat yang dinamakan Kolej Tok Gajah yang berkapasiti 4000 pelajar. Pegawai Pembangunan Pelajar dilantik untuk menjaga kebajikan pelajar manakala lawatan mesra ke asrama pelajar dilakukan oleh Rektor, SRK, KPP dan pensyarah sepanjang semester (Rujuk Rajah 7.1j).
Pengoperasian Perpustakaan Al-Bukhari 1 dan 2 di kampus Jengka (berkapasiti 1,521 tempat duduk dengan 94,980 naskah bahan rujukan dan 2 bilik IT dan 1 sudut IT yang menempatkan 115 komputer) dan di kampus Raub (berkapasiti 500 tempat duduk dengan 16,132 naskah bahan rujukan dan 1 bilik IT yang menempatkan 30 komputer) telah mengimbangi kelestarian tadahan ilmu dan kemahiran. Pelbagai kemudahan lain (ruang belajar 24 jam, bilik diskusi), perkhidmatan (Kursus KKM, pinjaman antara perpustakaan) dan aktiviti (Jom Membaca 10 minit) turut disediakan untuk pelajar. UiTM WiFi, Hotspot dan Muafakat WiFi di kampus Jengka dan Raub juga menyediakan platform bagi dunia maklumat tanpa sempadan (Rujuk Kriteria 3: Keperluan Umum – Kemudahan Internet Jalur Lebar).
 Rajah 1.5 Kekerapan Penyaluran Maklumat Secara Terus di UiTM CPh
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam
      































































   25   26   27   28   29