Page 29 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 29
KEPIMPINAN K1 - 6
pelajar memenangi pingat gangsa di Majlis Anugerah Sukan UiTM (Rujuk Rajah 7.3r dan Rajah 7.4p). Ternyata inisiatif mengiktiraf dan menyanjung usaha pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Ini terbukti dengan peningkatan bilangan penerima anugerah pada Majlis Kecemerlangan Akademik setiap semester (Rujuk Rajah 7.3d).
Kejayaan pelajar UiTMCPh dalam mengharumkan nama UiTMCPh juga dapat dirasai oleh pihak luar dan kerajaan negeri. Dan mereka juga percaya bahawa kejayaan kampus dalam kegemilangan masa depan pelajar tidak akan berlaku tanpa perancangan yang teliti oleh pihak pembuat keputusan, iaitu pengurusan kampus. Hasil daripada penelitian ini, Rektor UiTM Pahang iaitu Prof Dr Nazip Suratman menerima pingat Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dan Timbalan Rektor HEA UiTMCPh, iaitu Prof Madya Dr Halil Paino, dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang, Yang Amat Dimulia - Peringkat Ketiga, Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) pada tahun 2017. (Rujuk Jadual 7.4d bagi senarai penerima darjah kebesaran yang lain)
Pelan pemantauan kejayaan dan mengenalpasti punca kegagalan inisiatif
Proses pemantauan terhadap bahagian dibahagikan kepada bahagian akademik dan bukan akademik dan telah dinyatakan dengan jelas oleh kepimpinan kanan kepada bahagian terlibat seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 1.7.
Rajah 1.7 Proses utama dan mekanisma pemantauan
Antara kaedah pemantauan yang digunapakai adalah penggunaan aplikasi e-aduan/ i-lead dan maklumbalas pelanggan. Pelajar boleh memberi maklum balas melalui sistem e- kolej, sistem penilaian jurulatih Ko HEP, Facebook FPN, FSKM dan blog e-board FPP. Melalui dapatan daripada aplikasi ini, segala rungutan dan ketidakpuasanhati dapat diselesai dalam masa yang singkat (Rujuk Rajah 7.4aa). Pencapaian yang diperolehi dapat dianalisa dan dinilai dan seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat peringkat atasan, pengurusan dalaman dan ketua bahagian untuk tindakan selanjutnya.
Pelajar yang seimbang dan holistik bermula daripada staf yang beretika. Justeru, UiTMCPh telah mengambil langkah proaktif dalam memastikan warganya mengamalkan tingkah laku yang beretika agar dapat menjadi suri teladan. Ini dilakukan melalui penerapan nilai dan peringatan agar staf mematuhi dasar, polisi serta peraturan UiTM dalam semua urusan/interaksi. Jadual 1.3 menunjukkan langkah pematuhan oleh staf dan dokumen dasar/polisi yang menjadi rujukan agar peraturan dan undang-undang sentiasa dipatuhi dalam segala tindakan yang diambil. Selain itu, pelaksanaan, pengamalan dan budaya terhadap nilai, dasar apresiasi, hospitaliti, persekitaran dan pengurusan LEAN diberi perhatian.
Jadual 1.3: Langkah Pematuhan Tingkah Laku Beretika
Langkah Pematuhan
Dokumen Rujukan
Staf menandatangani akujanji
Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
Kursus orientasi kepada semua staf baru
Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
Pematuhan Akta 605: Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
Buku Nilai dan Etika Warga
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam