Page 28 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 28
KEPIMPINAN K1 - 5
Selain itu, pengamalan gaya hidup sihat disokong oleh prasarana sukan seperti padang bola, tenis, bola jaring, memanah, ragbi, petanque, sirkit merempuh halangan dan trek mountain bike. Program kesihatan seperti derma darah, pemeriksaan kesihatan berkala (Rujuk Rajah 7.4l), kerap dilaksanakan.
Pemantapan Pembelajaran dan Pengajaran
Bagi memantapkan proses P&P, kepimpinan kanan UiTMCPh sentiasa memastikan tenaga pengajar berkualiti, pelajar berkebolehan dan cemerlang serta kemudahan fasiliti dan prasarana pembelajaran adalah mencukupi dan kondusif. Proses OBE-SCL yang mementingkan keberhasilan pelajar diwajibkan digunapakai dalam penyampaian kuliah. Pelbagai kaedah diaplikasikan untuk menambahbaik proses P&P seperti T-Like dan ITAIS (Rujuk Jadual 4.5) dan SuFO bagi penilaian kaedah pembelajaran dan maklumbalas mengenai P&P setiap pensyarah yang dibuat oleh pelajar serta penerapan nilai murni dan insaniah melalui program Pembangunan Pelajar oleh Bahagian HEP dan seterusnya dinilai oleh Pembimbing Akademik. Selain itu, pemantauan terhadap hasil kerja pelajar dipastikan bebas plagiat dengan penggunaan perisian Turn it in. Program Tunas Mekar dan My Agrosis pula telah diwujudkan untuk mengasah kemahiran keusahawanan. Menerusi program Tunas Mekar, MASMeD telah diberi bertanggungjawab untuk memantau kios perniagaan yang disediakan dalam kampus, dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar (Rujuk Rajah 7.3f dan 7.3 m).Hasil daripada program ini, seorang pelajar iaitu Nurliyana binti Suhaimi, berjaya memenangi geran Rural Business Challenge sebanyak RM 500,000.
Pengambilan pensyarah dirancang dengan efektif melalui unjuran keperluan pensyarah agar bilangan pensyarah selaras dengan enrolmen pelajar dan memenuhi keperluan nisbah pensyarah-pelajar. Pengambilan pensyarah sambilan sepenuh masa memastikan penyampaian perkhidmatan yang berterusan dan keciciran akademik dapat dielakkan. Bagi meningkatkan penguasaan ilmu, pensyarah digalakkan dan disokong untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah serta pelbagai kursus/kemahiran di dalam dan luar universiti (Rujuk Rajah 7.4b dan 7.4d). Pelajar juga diasah bakat mereka dalam bidang inovasi dan kreativiti, keusahawanan dan kepimpinan melalui sokongan dan galakan dalam pertandingan IID, Inovasi dan kursus-kursus berkaitan keusahawanan dan kepimpinan (Rujuk Jadual 4.1, Rajah 7.2b dan 7.2c) Secara kesimpulannya, kepimpinan kanan UiTMCPh telah dan sentiasa menggerakkan objektif strategik dan inisiatif dengan memfokus kepada tindakan secara energetik, sinergistik, sistematik dan terancang. Rajah 1.6 menggambarkan gerakan ini.
Rajah 1.6 Gerakan Objektif Strategik
Pengiktirafan dan Sanjungan
Kepimpinan kanan sentiasa percaya bahawa iltizam dan sumbangan pelajar telah mengukir sejarah menjadikan UiTMCPh sebuah kampus yang dinamik. Hirarki ke-4 Teori Maslow menyarankan bahawa penghargaan boleh meningkatkan motivasi. Oleh itu, dasar penghargaan (apresiasi) kampus menetapkan bahawa setiap kejayaan pelajar UiTMCPh perlu diiktiraf dan disanjungi. Oleh itu, pengumuman berita kejayaan melalui laman web dan emel, pemberian surat penghargaan serta diraikan dalam Majlis Apresiasi seperti Majlis Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Tokoh Siswa telah menjadi salah satu amalan dalam dasar apresiasi kampus ini. Muhammad Farizul
bin Saroji (Kampus Raub) dan Muhammad Aman bin Mohamad Zahir (Kampus Jengka) telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa UiTMCPh bagi tahun 2017. Manakala seramai 5 orang
uNIVERSTITIUniversiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam