Page 36 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 36

  kampus dan khidmat masyarakat dijayakan. Bagi menunaikan tanggungjawab sosial kepada ahli masyarakat, aktiviti pelajar turut mendapatkan biaya daripada Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang terlibat, Biro Tata Negara (BTN), UiTM (MDAB), UiTM (TKP), Tabung Amanah Pembangunan Pelajar (TAPA) dan Jawatankuasa Pelajar NR. Pengurusan kanan UiTMCPh meneruskan agenda membantu pelajar yang kurang berkemampuan serta asnaf melalui Tabung Pelajar Miskin dan kutipan majlis berbuka puasa. Pelajar berkelayakan turut diberi peluang memohon wang zakat melalui unit zakat ACIS.
Mengenal Pasti Risiko Yang Boleh Menjejaskan Pelaksanaan atau Kejayaan Pencapaian Objektif dan Inisiatif Strategik
Analisis SWOT (Jadual 2.4) sama ada diperingkat UiTMCPh dan BHEP merupakan alat pengurusan penting dalam mengenalpasti risiko (kelemahan dan blind-spots) yang boleh mengganggu-gugat proses pencapaian objektif dan inisiatif strategik.
Jadual 2.4: Analisis SWOT bagi membangunkan perancangan strategik pembangunan pelajar UiTMCPh
Perancangan dan Tindakan bagi Mengatasi Risiko
Bagi mengatasi situasi kekurangan staf, BHEP memperkenalkan sistem penggiliran (shif) dan responsif kepada keperluan peribadi staf melalui pelaksanaan tiga waktu anjal. Pertindanan bidang tugas dalam pengurusan aktiviti pelajar ditangani dengan melibatkan kerjasama staf akademik dan staf sokongan. Setiap sumbangan diberi pengiktirafan dengan surat penghargaan dan mata ganjaran untuk kenaikan pangkat serta direkodkan dalam fail peribadi. Bagi mendepani cabaran teknologi ICT, Pegawai Teknologi Maklumat dari INFOTECH dijadikan penasihat MPP dan sokongan ICT dalam struktur BHEP. UiTMCPh berdepan dengan cabaran penganjuran latihan tahunan staf apabila Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia UiTMCPh bertarikh 29 Jun 2016 mengarahkan belanjawan kejat dan berhemah melalui motto ”UiTM Pahang ke arah Penjimatan”. Justeru, untuk memenuhi 42 jam latihan wajib tahunan, konsep Mentor-Mentee diperkenal. Melalui konsep ini, staf dengan kepakaran boleh melatih kumpulan kecil staf baru mengikut keperluan. Tiada tuntutan honorarium dibuat, hanya membuat laporan bertulis kepada Unit Latihan, Bahagian Pentadbiran untuk diberikan jam latihan. UiTMCPh memberi perhatian terhadap risiko dalam melaksanakan objektif strategik bagi memastikan tumpuan pembangunan pelajar tercapai.
PERANCANGAN STRATEGIK
K2 - 5
  Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 

























































































   34   35   36   37   38