Page 34 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 34
Objektif Strategik dan Inisiatif Strategik pembangunan pelajar UiTMCPh menyokong Pelan Strategik RMK11 UiTM melalui cara-cara berikut:
Pelan Pemantauan Untuk Memastikan Objektif Strategik dan Inisiatif Strategik Dilaksanakan Dengan Berkesan
Pemantauan terhadap objektif dan inisiatif strategik dilakukan melalui beberapa mekanisma. Laporan prestasi daripada PTJ-PTJ berkaitan sama ada setiap semester atau tahunan dibentangkan dalam mesyuarat seperti ME, MPD, MKSP, JAN, Mesyuarat Akademik, Mesyuarat Bahagian, Unit dan Mesyuarat Pusat-Pusat Pengajian. Laporan SK-i UiTM setiap suku tahunan merupakan suatu elemen pemantauan pengurusan tertinggi UiTM bagi menilai keberhasilan perancangan strategik UiTMCPh berdasarkan KPI UiTM dan menunjukkan peratus pencapaian setiap sasaran. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) adalah suatu elemen dalam sistem MOSKA 2 (Model Sistem Kerja Khazanah Alam 2) di mana objektif-objektif kualiti dinilai untuk semakan dan tindakan pembetulan. Mekanisma Plan-Do-Check-Action (PDCA) menjadi alat ’Semak dan Imbang’ dalam menilai pencapaian strategik UiTMCPh. Pelaksanaan audit seperti Audit Dalam, Audit Luar, Audit InQKA dan Audit Kewangan merupakan mekanisma pemantauan dan kawalan yang mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam tadbir urus UiTMCPh, mengurangkan grey- spot dan membuat tindakan pembetulan. Laporan aktiviti bergambar diwajibkan kepada jawatankuasa penganjuran aktiviti bagi memaklumkan pihak pengurusan UiTMCPh tentang pelaksanaan dan keberkesanan program. Hasil pemantauan digunakan untuk penambahbaikan prestasi secara berterusan melalui penghasilan beberapa inovasi dalam produk dan proses perkhidmatan.
Daripada keterangan di atas, jelas bahawa hasil penganalisaan daripada kajian semula pencapaian dikongsi kepada warga UiTMCPh bahkan menghasilkan beberapa inovasi penambahbaikan prestasi UiTMCPh keseluruhannya. (Sila rujuk Jadual 2.5 dan Jadual 2.6)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
PERANCANGAN STRATEGIK
disamping kerjasama dengan Persatuan Sains Matematik Malaysia. Impaknya adalah daripada 215 peserta simposium, 102 adalah pelajar pasca-siswazah daripada pelbagai
universiti di negara ini termasuk pelajar-pelajar antarabangsa.
Bagaimana Objektif Strategik dan Inisiatif Strategik Pembangunan Pelajar Menyokong Pelan Strategik RMK11 UiTM (2016 – 2020)
K2-3