Page 35 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 35

  Penglibatan semua kumpulan sasar dalam proses perancangan penambahbaikan
Secara amnya, kumpulan sasar dalam proses penambahbaikan pencapaian dibahagikan kepada pensyarah, pelajar dan staf sokongan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Penglibatan Kumpulan Sasar dalam Proses Penambahbaikan Pencapaian
PERANCANGAN STRATEGIK
K2-4
     Kumpulan Sasar
        Peranan Penglibatan
   Pengajaran & Pembelajaran
      Penyelidikan / Penerbitan
      Khidmat Masyarakat
       Model Graduan
      Pensyarah
Mengikut ATS, Jadual Kelas, Silibus & Scheme of Work, OBE, SCL dan Penilaian Kursus, Kaedah pengajaran terkini seperti Moocs, Flip Classroom, Blended Learning.
 Memohon geran dan melakukan
penyelidikan. Membentang dan menerbitkan hasil kajian
 Menyertai konferensi.
 Penganjuran konferensi.
   Memberi khidmat secara sukarela kepada komuniti dan masyarakat sekeliling
 Melahirkan graduan berkemahiran insaniah, berkebolehpasaran, berupaya menjadi majikan & menjadi agen perubahan.
     Pelajar
    Menghadiri kuliah mengikut jadual atau secara maya, mengikut pelan pengajian, berusaha untuk mendapat kecemerlangan akademik
     Membuat Projek Tahun Akhir (FYP) mengikut prosedur penyelidikan yang ditetapkan dan peluang untuk penerbitan
       Aktiviti Persatuan- Persatuan Dalaman yang melibatkan komuniti dan masyarakat.
      Pelajar mendapatkan segala kemahiran insaniah yang diperlukan dalam menempuh cabaran di alam pekerjaan.
    Staf Pentadbiran / Sokongan
   Memberi perkhidmatan terbaik supaya proses P&P berjalan lancar dan berkesan dalam suasana yang kondusif (Infrastruktur, Infostruktur, Perpustakaan dan lain- lain)
  Menyediakan infrastruktur dan peralatan dalam menjalankan penyelidikan dan penerbitan. Kerjasama dalam penganjuran konferensi / seminar.
    Bersama membantu dalam khidmat masyarakat dari segi logistik, pengangkutan dan lain-lain.
   Memastikan sistem penyampaian universiti yang mantap & berintegriti supaya lahir graduan-graduan yang berkualiti.
  Secara khususnya, bagi penambahbaikan pembangunan pelajar, BHEP adalah penggerak utama yang diketuai oleh TRHEP. Pelan tindakan utama ialah pengaturagihan tadbir urus, peruntukan sumber secara efisien, perancangan tenaga kerja dan pelan pemantauan serta penguatkuasaan bagi unit-unit di bawah HEP. Unit Pengurusan Kolej, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Sukan, Unit Kebudayaan, Unit Kesihatan dan Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar (ULPKP) diberi tanggungjawab untuk mengawal selia aktiviti pelajar UiTMCPh. Tanggungjawab pembangunan pelajar dikongsikan dengan Ketua Pusat Pengajian (KPP), Unit Polis Bantuan, Bahagian Pengurusan Pembangunan Fasiliti dan Infotech (BPFI), Unit Kenderaan, Perpustakaan, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, ACIS dan MASMED.
Di bawah Piagam Pelanggan BHEP UiTMCPh, setiap unit meletakkan sasaran kerja mengikut fungsi masing-masing. Sistem atas talian e-HEP, Sistem e-NR dan Sistem e- Direktori digunapakai bagi melancarkan pengurusan enrolmen pelajar dan penempatan kolej, daftar rumah sewa, direktori pelajar non-resident dan kawalan serta pemantauan aktiviti pelajar. Bagi menjamin perkhidmatan berkualiti, UiTMCPh komited meningkatkan kemahiran staf dengan menyokong permohonan latihan kemahiran serta kursus dan responsif kepada keluhan tenaga kerja. Institut Latihan dan kepemimpinan (ILD) dipertanggungjawabkan bagi menyediakan latihan staf bagi menambah pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pekerjaan, ICT dan pengetahuan umum. Pengagihan sumber dan pengurusan kewangan yang mantap bagi menjalankan program pembangunan pelajar digalas oleh Unit Perolehan, Unit Pengurusan Wang, Unit Pengurusan Akaun dan Unit Pengurusan Harta Benda di bawah Pejabat Bendahari. Di bawah jawatankuasa Tabung Amanah Pelajar kawalan BHEP, Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA) kawalan BHEA, Tabung Kokurikulum, Tabung Kegiatan Pelajar, Tabung Amanah HEP dan Tabung Amanah Sukan dibuat dengan telus dan berhemah serta prosedur permohonan diperkemas dengan mengurangkan ketidakseragaman bagi memastikan kegiatan pelajar dalam sukan, kokurikulum, aktiviti luar
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 


































































   33   34   35   36   37