Page 46 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 46

   TUMPUAN PELANGGAN K3 - 1
 3.0 TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
   Fokus pembangunan pelajar dipilih bagi menunjukkan kerelevanan UiTMCPh dalam menyediakan akses pendidikan tinggi bumiputera dengan mensasarkan keberhasilan bakat terpelajar dipacu nilai mengikut lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi), PPPM(PT). RMK11(2016-2020) yang bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat menyatakan dengan jelas aspirasi kerajaan bagi meningkatkan pembangunan modal insan berpengetahuan dan mahir serta memiliki etika dan moral untuk terus maju dalam persekitaran global yang kompetitif dan dinamik. Kepuasan pelanggan terhadap penyampaian perkhidmatan UiTMCPh merupakan hasil kepimpinan berwibawa dan tadbir urus efisien dan sistematik, infrastruktur dan infostruktur lestari, manifestasi pembelajaran sepanjang hayat melalui perluasan sumber dalam talian serta muafakat perkongsian tanggungjawab semua komponen utama UiTMCPh.
KUMPULAN SASAR
Pelanggan UiTMCPh dibahagikan kepada pelanggan utama dan pelanggan proses. Rajah 3.1 menunjukkan kriteria kumpulan sasar yang diambil kira bagi menentukan keperluan pelanggan UiTMCPh.
Rajah 3.1 Pelanggan UiTMCPh mengikut kriteria kumpulan sasar
KEPERLUAN PELANGGAN
Perincian keperluan kumpulan sasar secara umumnya mengambil kira amanat Naib
Canselor UiTM 2017dan Amanat Rektor UiTMCPh 2017, ketetapan Jawatankuasa Akademik
Negeri (JAN) dan Lembaga Akreditasi MQA. Pengurusan UiTMCPh juga responsif kepada
maklumbalas keperluan pihak berkepentingan yang disampaikan melalui laporan latihan
industri pelajar, mesyuarat dengan kerajaan negeri Pahang, lawatan industri serta laporan
kajiselidik ibu bapa dan pelajar semasa Majlis Konvokesyen UiTMCPh 2016. Selain itu,
UiTMCPh turut meraikan pandangan ilmuwan serta pemimpin industri teknologi tinggi seperti
Prof. Emeritus Dato’Prof. Dr Muhamad bin Yahaya (Institut Nanoteknologi, UKM), Dr Nassir
Ibrahim (Presiden NDT, Malaysia) dan En Aptu Saman (CEO Careion Malaysia) yang
dijemput menyampaikan ucaptama kepada staf dan pelajar dalam majlis rasmi UiTMCPh.
  KEPERLUAN UMUM
Penempatan
K3 - 2 K3 - 2
Kolej Tok Gajah, Kolej Mat Kilau 1 dan Kolej Mat Kilau 2 menempatkan hampir keseluruhan 4637 orang pelajar kampus Jengka manakala di kampus Raub, Kolej Mat Kilau dan Kolej Tun Teja menempatkan 2138 pelajar. Kurang daripada 50 orang pelajar memilih untuk tinggal di luar kampus sebagai non-residen. Kesemua kolej kediaman berpagar dan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 












































































   44   45   46   47   48