Page 47 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 47

   dikawal 24 jam sehari oleh polis bantuan dengan penempatan berasingan pelajar siswi dan siswa sebagai langkah mengurangkan risiko pencerobohan dan pergaulan bebas antara pelajar. Keselesaan pelajar diutamakan dengan transformasi daripada 4 orang sebilik kepada 2 orang pelajar sahaja sebilik. 3 orang Staf Residen Kolej (SRK) ditempatkan di setiap kolej kediaman bagi menangani situasi kecemasan pelajar di luar waktu pejabat. Kedudukan kolej kediaman bersebelahan ladang UiTMCPh mendedahkan pelajar kepada haiwan liar seperti ular dan babi hutan. Justeru, unit kolej meletakkan bungkusan belerang di sepanjang pagar sempadan untuk menangani situasi ini. Selain itu, operasi menembak babi hutan dijalankan setiap bulan. Aktiviti keluar masuk pelawat dan lalulintas ke UiTMCPh dipantau sepenuhnya oleh Unit Polis Bantuan manakala peraturan masuk pelajar sebelum pukul 11 malam dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan dan keberadaan pelajar dalam kampus. Pelajar yang melanggar peraturan ini direkodkan namanya oleh Polis Bantuan yang bertugas dan diberi peluang membela diri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tata Tertib. UiTMCPh turut menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar non residen dengan mewajibkan mereka mendaftar dalam system e-NR. Staf Residen Kolej (SRK) turut dilantik dari kalangan staf yang menetap di luar kampus untuk memantau keselamatan pelajar. Antara inisiatif pihak UiTMCPh dalam menyantuni dan menjaga kebajikan pelajar NR ialah mengagihkan makanan dalam program Singgah Sahur dan lawatan berkala mingguan oleh BHEP. Bagi pelajar NR, mereka berdepan dengan risiko pencerobohan dan kecurian. Justeru, UiTMCPh menjalin kerjasama dengan masyarakat setempat terutamanya pihak Kerukunan Jiran Tetangga (KRT) untuk menjalankan rondaan malam di sekitar perumahan pelajar.
Keperluan Makan Minum
Setiap kolej mempunyai kafeteria yang beroperasi 6.30 pagi hingga 11 malam bagi menampung sepenuhnya keperluan makan minum pelajar sepanjang sesi pengajian. BHEP UiTMCPh dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat pemantauan rawak bagi memastikan makanan dalam keadaan bersih dan harganya bersesuaian dengan keupayaan kewangan pelajar. Sistem penggiliran pembukaan gerai diwajibkan kepada setiap penggerai bagi memenuhi keperluan pelajar yang tidak pulang bercuti pada pertengahan semester termasuk pelajar yang terlibat dengan latihan sukan atau kokurikulum. UiTMCPh turut melantik kontraktor menjalankan kerja pembersihan medan selera dan persekitaran kolej setiap hari demi kelestarian persekitaran kolej. Untuk meningkatkan kegirangan pelajar, UiTMCPh menyediakan tapak perniagaan berkonsepkan pasar malam setiap petang Rabu. Ini antara langkah UiTMCPh mengurangkan risiko keselamatan pelajar yang keluar kampus untuk ke pasar malam. Sebagai langkah kawalan risiko penularan penyakit, semua pekerja penggerai diwajibkan oleh UiTMCPh mengambil vaksin tetanus sebagai satu syarat permohonan sebutharga. Selain itu, terdapat 5 lagi penggerai dan 5 lot kedai serbanika yang beroperasi sekitar premis akademik dan kolej kediaman bagi memenuhi keperluan pelajar. UiTMCPh mengamalkan Dasar Persekitaran dengan mengekalkan polisi Tanpa-Polistirena dalam urusan pembungkusan makanan. Polisi ini menguntungkan pelajar kerana mereka boleh membeli dengan harga yang lebih murah dengan membawa bekas makanan sendiri. Di kampus Raub, pelajar turut dilibatkan secara langsung dengan kempen Reduce, Reuse and Recycle bermula Mac 2017.
Fasiliti Riadah, Sukan, Kokurikulum dan Persatuan Pelajar
UiTMCPh menyediakan peralatan sukan dan fasiliti terbaik seperti padang bola, hoki dan ragbi, lapangan memanah, litar rentas halangan, gelanggang tenis dan bola tampar, gimnasium serta membenarkan penggunaan Dewan Indera Segara bagi tujuan aktiviti sukan tertutup badminton dan ping pong. Bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan lestari, UiTMCPh telah membuka Kompleks Sukan yang dibeli daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) kepada masyarakat setempat terutama komuniti sekolah sekitar Jengka. Selain itu, Unit Sukan turut membuat pembelian basikal berjenama KTM (25 unit) untuk kegunaan pelajar. Bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika bersukan, semua pelajar UiTMCPh hanya dibenarkan mengakses kemudahan sukan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh
TUMPUAN PELANGGAN K3 - 2
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 



























































































   45   46   47   48   49