Page 49 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 49

   TUMPUAN PELANGGAN K3 - 4
 menyediakan khidmat kaunseling dan perundingan di bawah Unit Kerjaya dan Kaunseling, dengan 3 pegawai psikologi termasuk seorang Pegawai Psikologi Kanan. Sebanyak 3 unit kerusi urut ditempatkan di unit Kaunseling untuk membantu melegakan tekanan. BHEP aktif dalam menyebarkan ilmu penjagaan diri dan kesihatan dengan mengadakan ceramah kesihatan Woman Health Talk 2017, Kosmetik Tiruan, saringan Pap-Smear percuma kepada pensyarah wanita dan pemeriksaan kandungan kolestrol kepada staf berumur 40 tahun ke atas selain mewajibkan pemeriksaan kesihatan tahunan, percuma kepada warganya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nilai keislaman dan ibadah solat sangat dititikberatkan di UiTMCPh begitu juga tatasusila. Program bimbingan agama oleh UHEI secara individu atau berkumpulan melalui mekanisma temujanji atau walk-in sentiasa dijalankan dan tindakan susulan diambil kepada yang memerlukan (Rujuk Rajah 7.3p). Pelajar juga dibantu penguasaan bacaannya dalam bentuk Talaqqi Al-Quran, Kalam Nisa untuk persoalan hal berkaitan wanita, Kuliah Maghrib untuk pengisian rohani dan Street Dakwah yang secara terus menjawab sebarang permasalahan pelajar. Bagi staf UiTMCPh, program Bicara Addin untuk meningkatkan pengetahuan agama turut dijalankan secara berkala. Melalui Dasar Hospitaliti, kempen 8S bagi meningkatkan keyakinan diri diperluaskan kepada semua pelajar dan staf. Selain itu, nilai tanggungjawab disemai dalam diri pelajar dan staf UiTMCPh melalui Bengkel Pengurusan Harta Pusaka, Seminar Literasi Undang-undang dan Keluarga Islam, Seminar Pengurusan Jenazah, Kursus Pra-Perkahwinan dan Bengkel Rawatan Islam. Warga akademik turut melibatkan diri dalam pembangunan pelajar dengan membantu program saringan dan pengukuhan bacaan Al-Fatihah pelajar baru dalam MDS. Selain itu, keperluan terhadap hiburan mendidik jiwa diisi dengan Festival Kesenian Islam yang dianjurkan oleh UHEI pada November 2017 serta Seminar Pemantapan Aqidah, Seminar Kefahaman Islam, Seminar Zakat dan Tafaqquh Fiddin. Program peningkatan ilmu kerohanian sepanjang 2017 boleh dirujuk pada Jadual 3.2 dalam Lampiran 3.
Ruang Ibadah
Untuk meningkatkan kapasiti ruang solat dan keselesaan pengguna, UiTMCPh telah memulakan proses naiktaraf Masjid Uwais al Qarni pada 2017. Walau bagaimanapun, pelajar dan pelawat ke UiTMCPh masih boleh menyempurnakan ibadah solat di Dewan Selera Kolej Mat Kilau yang telah diubahsuai menjadi ruang solat Jumaat sehingga kerja pengubahsuaian selesai. Sebagai inisiatif tambahan, Perpustakaan Al-Bukhari turut menyediakan ruang solat tambahan untuk kemudahan pelajar. UiTMCPh memastikan semua surau yang sedia ada di sekitar premis akademik dan pentadbiran sentiasa diselia kemudahan dan kebersihannya oleh pihak Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) malah turut menjalani Audit Tempat Ibadah. UiTMCPh juga menyantuni masyarakat Islam setempat dengan mewakafkan karpet terpakai dari Masjid Uwais Al-Qarni kepada surau Taman Permatang Syahbandar dan surau lain sekitar Jengka.
Pengangkutan Pelajar
   Hampir semua pelajar UiTMCPh ke kuliah dengan berjalan kaki. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang berbasikal dan menaiki kenderaan sendiri. Untuk mengatasi risiko kemalangan dalam kampus, UiTMCPh dengan komitmen Unit Polis Bantuan menguatkuasakan pemakaian topi keledar ke atas penunggang motosikal serta peraturan lalulintas kepada semua pemandu kenderaan. Semua warga UiTMCPh juga mesti mendaftarkan kenderaan mereka dengan Unit Polis Bantuan serta mempamer pelekat 2017 untuk mengehadkan bilangan kenderaan yang keluar masuk pagar UiTMCPh. Bagi menjamin keselamatan kenderaan pelajar, mereka dimestikan memarkir kenderaan di Dataran Ilmu berhadapan pos polis bantuan UiTMCPh. Bagi pelajar yang tiada kenderaan, pengangkutan awam pada kadar tambang serendah RM1 disediakan oleh Koperasi UiTMCPh untuk keluar masuk kampus. Pegawai pengiring pelajar yang membuat lawatan akademik atau kerja lapangan, dimestikan menulis senarai penumpang kenderaan rasmi
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
K3 - 5
 

























































































   47   48   49   50   51